Masih terkesan dengan layanan buruk kelab Espanyol kepadanya, Martin Braithwaite kini mahu membeli kelab tersebut dan menjadikannya miliknya.
Walaupun karier bola sepaknya tidaklah segah mana, dia memang seorang usahawan yang hebat. Di mana sebelum ini dia dan pak cik saudaranya melabur di dalam beberapa bidang dan berjaya menghasilkan wang yang banyak.
Dia merupakan pemilik syarikat hartanah di Amerika Syarikat, selain daripada memiliki rantaian restaurant dan kedai makan.
Itu telah menjadikan dia sebagai antara pemain bola sepak terkaya di dunia. Walaupun Braithwaite sebelum ini pernah menafikan dia seorang yang kaya. Sikap rendah dirinya itu sebenarnya tidak menolak hakikat bahawa dia memang kaya pun.
Kini Braithwaite sedang cuba mempertimbangkan prospek untuk memiliki kelab Espanyol. Marca melaporkan bahawa Braithwaite masih terasa hati dengan layanan kelab itu kepadanya.
Di mana dia dan kelab itu pernah bertelagah dan Braithwaite sampai pernah tidak mahu datang ke latihan sebagai protes kepada kelab tersebut.
Diia baru sahaja meninggalkan kelab itu beberapa bulan lalu. Dan kini dia sedia untuk datang semula ke Sepanyol untuk membincangkan tentang pengambilalihan kelab tersebut hanya beberapa hari selepas dia diperkenalkan sebagai pemain baharu Gremio di Brazil.
🚨🇩🇰 Martin Braithwaite (33) wants to BUY La Liga side Espanyol, despite just leaving them, reports @marca! 🤑✅
He's very unhappy with the way he was treated by Espanyol management, which is one of the reasons why he wants to buy them out. pic.twitter.com/y73roRjnyj
— EuroFoot (@eurofootcom) August 4, 2024
Braithwaite setuju menyertai Gremio untuk kontrak 2 musim. Tetapi pada masa yang sama dia sudah merancang langkah seterusnya iaitu mahu menjadi pemilik kelab La Liga itu.
Kisah pemain buangan Boro yang menjadi jutawan
Kekayaan Braithwaite terhasil dari beberapa pelaburan yang sangat baik. Segalanya bermula pada tahun 2017 dia melabur €850,000 dalam perniagaan hartanah, dan pelaburan itu sangat menguntungkannya.
Kebijaksanaan beliau dalam melabur dibantu oleh penasihat kewangan yang bagus membuatkan beliau menuai hasil lumayan. Pemain antarabangsa Denmark itu tidak memerlukan wang tajaan peribadi yang banyak untuk menjadi kaya.
Braithwaite kini memiliki perniagaan yang bernilai €250 juta. Bekas penyerang Boro, yang hanya menjaringkan sembilan gol dalam 40 permainan ketika bermain di utara Yorkshire itu dahulu, juga memiliki perniagaan butik pakaian dengan isterinya dan memiliki sebuah restoran makanan mewah di Barcelona.
Martin Braithwaite is one of the richest athletes on the planet (Forbes). 💰
The Barcelona player owns several companies, including one in real estate in the USA, worth €250 million, a clothing brand and a restaurant in France and Spain. 👏😎 pic.twitter.com/8wr8YZYrjF
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) July 10, 2022
Selain menghasilkan banyak wang sendiri, beliau seorang yang berhati mulia. Dia ingin membantu mewujudkan jutawan dalam komuniti kulit hitam di Amerika juga. Bercakap di panel saluran Yahoo Finance baru-baru ini, penyerang itu berkata, “Kami ingin mengajar orang tentang kebebasan dari segi kewangan dan kekuatan yang mereka miliki.”
“Kami mempunyai begitu banyak perkara yang ingin kami lakukan dan sentiasa mempunyai mindset untuk memberi semula kepada mereka yang memerlukan.”
Martin Braithwaite's 5-year journey from Middlesbrough flop to Barcelona's richest starhttps://t.co/ZS2xW82yll pic.twitter.com/UmqOrlfaHp
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 14, 2022
Bercakap mengenai usahanya di AS, penyerang itu memberitahu The Philadelphia Inquirer, “Saya sentiasa ada pasukan [perniagaan] di Amerika ini, dan saya rasa mungkin itulah sebabnya pemikiran saya mungkin lebih Amerika: bermimpi besar, melakukan perkara yang luar biasa, menuliskan gol.
“Di Denmark, kami memiliki sistem yang luar biasa melindungi rakyat. Semua orang baik baik sahaja. Tidak ada lagi yang mereka mahukan. Di Amerika, itu bukan perkara yang sama.”
Braithwaite sang jutawan yang luar biasa
Forbes pernah menulis ruangan khas memuji Braithwaite dalam menguruskan kewangannya. Pada 2020, Braihwaite dan bapa saudaranya yang merupakan seorang usahawan, Philip Michael, telah meneroka peluang perniagaan di AS.
Bercakap kepada Philip Michael: “Nombor 1, kamu sentiasa harus mahu menginspirasikan dan memperkasakan orang lain di sekeliling kamu untuk mengejar impian mereka. Martin adalah bukti hidup perkara itu.”
Philip Michael sendiri memulakan perniagaannya dengan wang yang kecil. Perniagaan pertamanya hanya bermodalkan €100 masa dia masih sekolah. Kini dia dan Braithwaite menjadi pemilik perniagaan hartanah yang mampu melabur di negara kapitalis agung seperti AS.
Mereka mahu melahirkan lebih ramai jutawan dari kalangan generasi milenium. Seterusnya, Braithwaite mahu membantu golongan kulit hitam di Amerika agar lebih ramai yang kaya. Kerana jurang di antara kaum kulit hitam di Amerika sangat besar sekitar 7%. Dan mereka mahu membantu merapatkan jurang tersebut.
Pada 2017, Michael dan Braithwaite melabur dengan wang sekitar €850k. Pada akhir 2020, syarikat mereka ada aset bernilai €10.2 juta dan €60 juta lagi prospek keuntungan daripada projek yang terus aktif.
Mereka melabur dalam sektor pembinaan perumahan mampu milik. Pada masa yang sama kualiti rumah mereka dijamin berkualiti dengan rumah yang setara, dengan harga jauh lebih rendah,
Dengan kekayaan luar biasa dimilik Braithwaite, mungkin dia boleh membantu Barcelona membayar tunggakan gaji pemain? Siapa tahu, Barca menjadikan syarikat Braithwaite sebagai penaja khas? Dan syarikat Braithwaite boleh menggunakan wajah pemain Barca dalam imej koporat syarikatnya?
Belum tahap billionaire
Walaupun kaya raya dia dikenali dengan sikap yang merendah diri. Dan dia pernah menafikan dia sudah menjadi billionaire. Kerana menurutnya, nilai kekayaan yang dilaporkan oleh media adalah merujuk kepada aset syarikatnya.
Tetapi dia berharap akan berada dalam senarai billionaire Forbes pada suatu hari nanti.
I see @Forbes wants to put me on a list. You guys are a couple of years too soon! 😄
That said, if you’re interested in the details, we’ll be diving into that side of my life in my @433 documentary.
Happy Summer everyone! – MB pic.twitter.com/HN1b83TChd
— Martin Braithwaite (@MartinBraith) July 9, 2021