Mason Greenwood Kekal Digantung Dan Disiasat Oleh Man United

Sesi latihan pra musim pertama Manchester United sudah pun bermula. Dan agak malang buat Mason Greenwood kerana dia terus kekal digantung oleh Manchester United.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan bahawa Ten Hag sedia menerima kembali Greenwood dalam masa terdekat ke dalam pasukannya.

Menurut Ten Hag, jika pemain itu disahkan kelab boleh kembali ke dalam pasukan utama, maka tiada alasan dia tidak mahu menerima pemain itu.

Lebih lebih lagi Greenwood dianggap prospek muda yang luar biasa.

Namun situasi masih tidak berubah. Kelab kekal melakukan siasatan dalaman ke atas Greenwood.

Ianya kerana pemain itu sebelum ini ditularkan telah memukul aweknya sampai cedera dan memaksa teman wanitanya itu untuk berehem ehem. Dalam keadaan teman wanitanya pada masa itu tidak rela, Greenwood tidak peduli.

Itu yang membuatkan Greenwood turut dituduh memperkosa.

Namun pertuduhan ke atasnya digugurkan oleh teman wanitanya sendiri yang kembali berpacaran dengannya.

Bukan itu sahaja, ketika tempoh tahanan di rumah, Greenwood dilaporkan telah melanggar perintah dengan menghubungi mangsa, malah berjumpa dengan teman wanitanya itu.

Dan teman wanitanya dilaporkan telah hamil.

Greenwood merancang untuk keluar dari Man United. Namun ke kelab di luar England. Namun tiada kelab yang mahukannya ataupun mampu mendapatkannya kerana gajinya.

Kini dia terus kekal dalam senarai pasukan pembangunan kelab. Namun dia juga masih tidak terlibat dalam sebarang aktiviti latihan atau perlawanan rasmi kelab.

Mason Greenwood sebelum ini turut digantung tajaan eksklusif oleh Nike. Sehingga kes dia benar benar selesai.

Agak sukar untuk Nike menyambung semula kontrak itu jika dia bebas sekalipun selepas siasatan dalaman kelab. Ini kerana buktinya terlalu kukuh mengaitkan pemain itu dengan keganasan domestik.

Dia cuma bebas pertuduhan hanya kerana mangsa menarik semula dakwaan ke atasnya dan mahu hidup bersamanya sekali lagi.