Mason Mount Alami Kecederaan

Manchester United mengesahkan bahawa  pemain bernilai GBP65 juta mereka, Mason Mount mengalami kecederaan.

Mason Mount digantikan pada minit ke-85 ketika aksi menentang Spurs hujung minggu lalu selepas memberitahu dia kurang selesa dengan kesakitan pada dirinya.

Di mana pasukannya turut menelan kekalahan 2-0ndi tangan skuad bimbingan Ange Postecoglou.

Selepas imbasan dibuat, disahkan bahawa Mason Mount perlu berehat untuk beberapa minggu lagi.

In juga bermakna Mason Mount akan terlepas aksi panas menentang Nottingham Forest dan juga Arsenal.

Dia juga akan terlepas aksi minggu antarabangsa pada September akan datang.

Dengan kecederaan yang melanda pemain itu Manchester United dilaporkan sedia mencari seorang lagi pemain tengah yang baharu. Ini kerana kelab itu sudah kehilangan Fred. Dan mereka akan cuba menandatangani pemain baharu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Manchester Evening News melaporkan Man United berminat dengan Ryan Gravenberch dari Bayern Munich dan juga Sofyan Amrabat dari Fiorentina.

Amrabat sudah lama menunggu Man United membelinya secara rasmi. Namun rundingan mendapatkan pemain itu agak perlahan.

Amrabat malah sudah memberitahu kelabnya bahawa dia tidak mahu menerima tawaran kelab lain termasuk dari Arab Saudi kerana dia hanya mahu menyertai Manchester United.

Sejak menyertai Manchester United, Mason Mount terus menjadi pemain dalam kesebelasan utama pasukan.

Namun prestasinya mendapat kritikan daripada segelintir pihak yang merasakan pemain itu masih gagal menunjukkan kualiti sebagai pewaris jersi ikonik no. 7.