Mason Mount telah setuju menyertai Man United. Kedua dua kelab juga mencapai kesepakatan harga untuk pemain itu.
Sebelum ini Chelsea berkeras dengan nilai £80 juta untuk pemain yang masih ada baki setahun dalam kontraknya itu.
Man United sudah menyatakan bahawa mereka tidak akan membayar Mount dengan nilai £70 juta dan ke atas.
Akhirnya Man United berjaya mendapatkan Mount walaupun agak gamble ketika mereka menyatakan mereka tak akan tunduk dengan permintaan harga daripada Chelsea yang dianggap cekik darah.
Bayarang £60 juta itu akan dipecahkan kepada £55 juta sebagai bayaran tetap dan bakinya dalam bentuk bonus. Kontrak Mount adalah untuk 5 tahun sehingga 2028.
BREAKING: Manchester United agree £60m package deal for Mason Mount with Chelsea — it’s done, here we go! 🚨🔴 #MUFC
Personal terms agreed weeks ago and face to face talks between clubs made it clear: the agreement is done.
Mount becomes Utd player — they NEVER left the race. pic.twitter.com/tusESsyp2x
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 29, 2023
Rundingan sentiasa rumit pada kesepakatan harga. Memandangkan Mount sudah benar benar berminat mahu menyertai Erik Ten Hag di Man United.
Man United tak pernah berputus asa memburu Mason Mount. Dan mereka tidak mendapat persaingan daripada mana mana kelab lain. Memandangkan Mount memang sudah menunjukkan minatnya datang ke Man United.
Musim lalu, pemain itu sudah memberitahu Chelsea dia tak akan melanjutkan kontrak baharu di Stamford Bridge kerana tidak yakin dengan kedudukannya dalam projek baharu Chelsea selepas membeli ramai pemain bintang musim lalu.
Mount adalah pemain di bahagian tengah, menjadi sasaran Man United untuk digandingkan dengan Bruno Fernandes. Memandangkan pengurus itu kurang gemar menggunakan Fred atau Scott McTominay secara konsisten.
Mount menikmati kenaikan gaji luar biasa
Mason Mount dilaporkan menikmati kenaikan gaji luar biasa di Man United. Di mana dia menerima kenaikan lebih 3 kali ganda.
Di Chelsea dia mendapat £80,000 seminggu.
Menurut wartawan Matt Law, Mount menerima gaji asas £250 ribu seminggu. Sekaligus menamatkan spekulasi oleh Football Insider yang melaporkan beberapa bulan lalu bahawa Man United menawarkan gaji £200 ribu seminggu.
Gaji Mount tak ‘mati’ pada £250 ribu seminggu sahaja, malah dia boleh menikmati bonus prestasi sekitar £50,000 seminggu menjadikan prospek pendapatannya adalah £300,000 seminggu atau sekitar RM1.78 juta seminggu jika dia dapat mencapai bonus prestasi.
Berdasarkan gaji Mason Mount itu jelas sekali dia adalah pemain utama pasukan United selepas ini. Kelab itu tak akan menawarkan gaji setinggi itu jika hanya mahu menjadikannya pemain sandaran.
Mount akan bergandingan dengan Bruno Fernandes. Yang sedang menunggu jawatan kapten tetap jika kelab itu berjaya menjual Harry Maguire selepas ini.