Bintang muda Chelsea, Mason Mount dikatakan sengaja cari pasal apabila bermain futsal ketika tempoh self isolation / isolasi di rumah.
Ketika ini, pemain pemain Chelsea diarahkan self isolation selepas Callum Hudson Odoi disahkan positif Koronavirus tempoh hari. Namun Callum Hudson Odoi sudah pulih.
Tetapi kesemua pemain Chelsea diarahkan untuk isolasi persendirian. Selain daripada pemain pemain, The Blues turut mengarahkan kesemua staf mereka mengikuti prosedur isolasi di rumah.
Tindakan Mount ini bakal mendapat perhatian daripada Frank Lampard yang dikenali dengan ketegasannya.
Mount dengan selamber bermain futsal / 5-a-side dengan seorang lagi pemain England, Declan Rice.
Entah apa yang sedang berada di fikiran Mason Mount ketika itu. Beliau. Semakin di atas padang 5G ProTurf pitch at the Trent Park Football centre, berdekatan Narnet, pada Ahad.
Salah seorang peminat Chelsea menyatakan dia terkejut apabila anak dia melihat ada Mason Mount di padang tersebut. Ketika itu beliau menghantar anaknya 14 tahun untuk berlatih.
Beliau berkata kepada Daily Mirror: “Saya menghantar anak saya berusia 14 tahun berlatih. Saya melihat ada sebuah kereta tak masuk akal mewah dan nak tahu siapa pemiliknya.”
“Kemudian satu lagi kereta tiba dengan ada tiga atau empat di dalamnya. Anak saya menyatakan dia melihat Mason Mount sebagai pemandu.”
“Mereka bermain lima atau enam sebelah. Declan Rice pun bermain sekali.”
EXCLUSIVE: Chelsea fury as Mason Mount leaves self-isolation for park kickabout with Declan Rice #coronavirus https://t.co/GuzkIMxi8q pic.twitter.com/ThYJ0yaWsA
— Mirror Football (@MirrorFootball) March 15, 2020
Tindakan Mason Mount itu benar-benar membuatkan penyokong Chelsea sendiri marah. Mereka berharap pemain itu akan dikenakan tindakan berat.
That's pretty poor tbh. Him and Rice should know better.
— Chelsea Extra 🏆 (@CFCExtra) March 15, 2020
Namun buat masa ini nasib belum ada pengesahan tentang perkara itu. Kerana ianya penceritaan daripada orang ketiga sahaja.
Jika benar keadaan ini berlaku, pastinya Mason Mount bakal berdepan hukuman berat.