Masterchef Australia Buat Netizen Keliru Sebut Maggi Jadi Meh-ji

Maggi adalah salah satu simbol kehidupan kita masa kecil dan di hostel. Ia juga simbol survivor di mana sahaja sehingga kita tua sekalipun.

Maggi telah menjadi peneman kita sepanjang zaman. Namun Masterchef Australia bakal merosakkan kenangan kita semua.

Ini apabila mereka menyebut Maggi sebagai Mehji / madge-y.

Ramai yang mepersoalkan, kenapa voice over tersebut menyebut Maggi sebagai Madge-y / mehji?

Kekeliruan terus berlaku dan segalanya menjadi lebih panas apabila dibangkitkan di Twitter.

Pengguna Twitter @mcobrai telah memuat naik video komersial itu dengan kapsyen: “Maggi ad during MasterChef Australia.”

https://twitter.com/i/status/1264215327736360960

Peminat setia Maggi benar benar kecewa dan keliru dengan sebutan itu.

Malah ada yang berkata: “Tunggu dulu, apa? Saya dari dulu sebut Maggi dengan G keras di belakangnya.”

Seorang lagi berkata: “Sejak bila orang ramai sebulat suara Madge-y [Mehji] dan bukannya Mag-ee ataupun saya selama ini membesar dengan ditipu.”

Ada yang menyatakan ini adalah bunyi yang benar benar menyakitkan telinga.

Namun ada juga yang menyokong dan menyatakan inilah pertama kali dia tahu cara sebutan Maggi yang betul.

Menurut India Today, memang sebutan Maggi berbeza mengikut negara. Namun kebanyakannya menyebut Maggi macam yang kita sebut ni, termasuk di beberapa negara Asia lain.

Kalau cakap Mat Salleh sebut Maggi sebagai Mehji, tak juga, sebab di Amerika Syarikat menyebutnya sama dengan sebutan kita ni.

Tidak terhenti di situ, kekeliruan terus berlaku, apabila mereka terkejut juri Masterchef Australia mengejutkan dunia dengan tidak tahu ada mi krispi.

Lalu seorang pengguna seakan akan menuduh juri Masterchef Australia memang malas buat kerja rumah dan kajian. Sebelum ini mempertikaikan kenapa wantan tak krispi.

Jangan pula kau mengade oder Mehji goreng kat kedai mamak ok. Bajet orang Ostolia.

Baca yang lain