Jadon Sancho sebelum ini terlibat dalam perbalahan dengan Erik Ten Hag. Di mana pemain itu menuduh Ten Hag berbohong dan suka menjadikannya kambing hitam.
Komen Sancho itu menjawab penjelasan Ten Hag kenapa dia tak disertakan dalam skuad menentang Arsenal ketika itu.
Ten Hag selepas kekalahan di tangan Arsenal menyatakan dia tak dapat menyertakan 2 pemain iaitu Sancho dan McTominay.
Ten Hag berkata: “Untuk McTominay, dia tak cergas. Dan Sancho pula dia tidak berada di prestasi terbaik semasa latihan. Kami Manchester United ada standard yang tinggi untuk semua pemain.”
Komen Ten Hag itu mengundang kemarahan Sancho. Dia kecewa dituduh tidak melakukan yang terbaik di latihan. Sambil menegaskan itu bukan pertama kali dia menjadi kambing hitam. Sejak dari dulu lagi.
Dia turut menuduh Ten Hag berbohong kerana ketika itu dia cemerlang di pusat latihan dengan pemantauan staf kejurulatihan. Namun sama seperti beberapa kes sebelum ini. Walaupun dia melakukan terbaik di padang latihan namanya masih gagal memecah masuk kesebelasan utama.
Ten Hag kemudian membidas tindakan Sancho. Di mana dia kecewa pemain itu menggunakan media sosial untuk menghentamnya.
Ten Hag menyuruh Sancho meminta maaf. Selagi lagi dia tak meminta maaf selagi lagi itu dia tak akan dibenarkan berlatih atau bermain bersama skuad utama.
Sancho enggan! Dia dibekukan daripada skuad. Diarahkan berlatih dengan kemudahan skuad B-23. Namun Sancho dilarang berada di bilik persalinan jika pemain pemain muda ada di sana. Kerana risau dia menjadi toksik.
Sancho tidak dibenarkan berada di kantin, di gym pasukan utama. Dia dilarang memakir kenderaan di zon pasukan utama. Dan kemudian disingkirkan daripada kumpulan sembang pemain atas arahan Ten Hag.
Sancho tidak peduli dan terus berdiam diri. Akhirnya dia menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman. Di mana kos keseluruhan untuk pinjaman separuh musim itu adalah €4 juta termasuk gaji. Sebahagian besar lagi gajinya ditanggung Man United.
Ketika proses medikal di Dortmund Sancho dengan mudah melafazkan maaf kepada staf di sana. 2 kali dia menyebut maaf dalam masa 3 saat.
Hal ini kerana Sancho terlewat untuk menyelesaikan urusan medikal pada hari itu. Staf Dortmund berkata: “Ini adalah pemeriksaan medikal paling lewat pernah dilakukan”
Sancho membalas: “Saya minta maaf gais, maaf.”
Peminat United sempat mengusik, pada hari pertama sahaja dia sudah meminta maaf kerana lewat. Hal ini kerana Sancho sebelum ini terpalit dengan isu disiplin, beberapa kali dia lewat ke latihan ketika di City, Dortmund dan Man United.
bro still got there late smh
— Liπks • (@links__xyz) January 11, 2024
Sebenarnya kelewatan itu disebabkan penerbangan Sancho yang baru sampai pada masa itu. Ditambah dengan beberapa proses dokumentasi yang panjang lebar.
Seorang lagi berkata, rupa rupanya Sancho pandai minta maaf.
Sancho terus membuatkan peminat United berbelah bagi apabila dia terang terangan mencium lencana Dortmund sedangkan dia masih pemain United.
Obviously love Sancho, but kissing the badge is slightly disrespectful.
It wasn’t the necessarily the club or the fans that let him down, his problem was clearly with ten Hag… https://t.co/qjMCzPwxHp
— 🌬 (@wakoooo_) January 11, 2024
Bro never kissed the United badge even once 😭😭😭😭#sancho pic.twitter.com/J14dbKa4VW
— Bagzy.m (@bagzy11) January 11, 2024
Sancho menyatakan dia gembira kembali semula ke Dortmund. Kelab yang dia rindui dan tidak pernah terputus hubungan dengan staf dan rakan rakannya di sana.
I remember when he said his home was Manchester United
— Ezra (@UTDEzra_) January 11, 2024