Mat Sabu Sumbang RM 1,000 Ringankan Beban Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

Pada 26 Jun 2019, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah melantik Mat Sabu sebagai penasihat badan induk  itu.

Persetujuan itu dicapai ketika Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim mengadakan kunjungan hormat ke Wisma Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

“Beliau akan bertindak selaku penasihat persatuan tetapi tidak akan mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan (Mac 2019) dan berfungsi sebagai sokongan ke atas usaha menambah baik bola sepak Kelantan,” katanya.

Pada ketika itu Mat Sabu merupakan sebahagian ahli politik di pihak kerajaan dan lantikan tersebut sudah pasti untuk meraih sedikit sokongan kewangan dari bekas Menteri pertahanan itu.

Hampir setahun selepas itu Kelantan semakin tenat apabila Federasi Bola Sepak Dunia (FIFA) mula mengarahkan bayaran tunggakan gaji kepada beberapa pemain.

KAFA diminta melunaskan tunggakan gaji bekas pemain pertahanan, Cassio de Jesus berjumlah RM629,620.28.

KAFA telah diberi tempoh selama 30 bermula 23 April 2020 bagi menyelesaikan bayaran tersebut. Tarikh tersebut berakhir pada 2 hari lepas.

Tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan sama ada arahan itu berjaya dilangsaikan atau sebaliknya.

Pada 11 Jun, FIFA mengarahakan Kelantan membayar tunggakan gaji Alaeddine Bouslimi sebanyak RM 157,380.00.

Kisah pemain itu agak terkenal apabila video dia ‘dihalau oleh tuan rumah’ tersebar di media sosial pada satu ketika dahulu.

Bouslini tidak dapat masuk ke dalam rumahnya apabila tuan rumah bertindak mengunci pintu rumah.

Persatuan sepatutnya membayar sewa rumah tersebut tetapi tidak melaksanakan apa yang termaktub dalam perjanjian.

Bouslini menyertai Kelantan pada pertengahan musim 2018 selepas Kelantan menyingkirkan beberapa pemain import seperti Bruno Lopes, Ferdinand Srinaga dan Do Dong Hyung.

Pemain dari Tunisia itu hanya sempat beraksi 3 perlawanan/9 hari. Kelantan tewas dalam 3 perlawanan itu dan bolos 11 kali.

Sebelum kes Bouslini, Bruno Lopes menuntut bayaran sebanyak RM 141,103.60 yang masih belum selesai.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman pada 2 Jun 2020. Dia juga mengakui tunggakan gaji pemain import masih belum diselesaikan dengan nilai keseluruhan dianggarkan mencecah RM 2 juta.

“KAFA memang berdepan dengan sekurang-kurangnya 6 kes FIFA kerana seperti sedia maklum semua bekas pemain import terbabit mahu membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi,” petikan dari Arena Metro, 2 Jun.

Merujuk kepada 3 kes pemain 2018 yang mendapat liputan akhbar itu, KAFA perlu membayar tunggakan sebanyak RM 928,103.00.

  • Cassio de Jesus: RM629,620.28.
  • Alaedin Bouslini: RM 157,380.00.
  • Bruno Lopes: RM 141,103.60

Pada musim tersebut Kelantan menggunakan khidmat 10 pemain import.

Cassio, Dong Hyun, Lopes dan Sinaga merupakan pemain import yang dibawa pada awal musim bagi memperkuatkan pasukan bersama Morgaro Gomis yang dikekalkan.

Selepas itu KAFA melakukan rombakan besar apabila membuat pertukaran dengan membawa masuk Bouslini, Mohamed Ghaddar, Bakhtiyar Duyshobekov, Lazarus Kaimbi dan Christiano Santos.

Secara keseluruhan KAFA telah menggunakan khidmat 44 pemain di skuad utama dalam saingan liga 2018.

Dalam masa yang sama Amiridzwan Taj mengeluarkan kenyataan KAFA juga perlu menyemak tunggakan gaji pemain tempatan.

Menurutnya pihak persatuan tidak melakukan apa-apa perbincangan bagi melihat bagaimana perkara itu boleh diselesaikan.

Melalui halaman rasmi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid semalam, Mat Sabu telah memberi sumbangan sebanyak RM 1,000 bagi meringankan bebanan yang dipikul oleh KAFA.

Dalam petikan itu KAFA telah mengucapkan jutaan terima kasih dan mengalukan mana-mana YB dan ahli politik tidak kira apa fahaman turut membantu KAFA.

Ahli Parlimen Kota Raja YB MOHAMAD BIN SABU beri sumbangan 1K kepada KAFA. Sumbangan diterima oleh Dato Presidan KAFA CWR malam ini.

Ahli Parlimen Kota Raja YB MOHAMAD BIN SABU beri sumbangan 1K kepada KAFA. Sumbangan diterima oleh Dato Presidan KAFA CWR malam ini.

https://www.facebook.com/ahmadmuzakkirbinhamid/photos/a.1562320757319556/2690103121207975/?type=3&theater

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan