Mat Yo Bengang Ejen Menipu Dan Cuba Spin Isu

Pemain penyerang Harimau Malaya Norshahrul Idlan Talaha menuduh ejennya, Abdul Halim Abdul Shukor sebagai berbohong di dalam kenyataan balasnya selepasn isu dibangkitkan oleh Mat Yo.

Mat Yo sebelum ini memerlukan bantuan ejennya kerana kelabnya mahu berbincang tentang soal pemotongan gaji.

Abdul Halim dalam satu kenyataan menerusi facebook peribadinya, menafikan bahawa beliau melarikan diri.

Kerana menurut Halim, beliau sibuk dengan beberapa kes yang masih belum selesai melibatkan beliau, Norshahrul, ejen Thailand (Pro24), Bangkok Glass dan Persatuan Bola Sepak Thailand (Thailand FA).

Penjelasan Halim

Dipetik dari Sinar, Halim berkata: “Sebelum Norshahrul tandatangan dengan saya, tanpa pengetahuan saya dia telah terlebih dahulu tandatangan dengan seorang ejen agensi Thailand iaitu Pro24.”

“Apabila Norshahrul tandatangan dengan kelab Bangkok Glass, ejen Pro24 itu membuat aduan kepada Thailand FA dan juga Bangkok Glass.”

“Kes ini masih berjalan dan kemudian dengan kemunculan virus Covid-19, mungkin kes itu akan ambil masa yang panjang.”

Halim tidak dapat bayaran ejen

“Disebabkan itu, sampai sekarang Bangkok Glass tidak bayar yuran ejen kerana kes masih tergantung.”

“Setelah dapat nasihat dari sudut undang-undang, saya pilih untuk berdiam diri untuk tempoh ini,”

“Saya telah cuba hubungi ejen Pro24 tersebut untuk berbincang tetapi dia tetap berdegil hendak ambil tindakan. Itu hak dia.”

“Sebenarnya saya tidak mahu isu ini jadi besar tapi kerana Norshahrul buat kenyataan yang saya menghilangkan diri, saya terpaksa jawab juga,” tambahnya lagi.

Halim turut menyatakan bahawa beliau sehingga ke hari ini masih belum menerima bayaran ejen daripada BG Pathum United.

Mat Yo: Kecek nipu

Namun Mat Yo menuduh ejennya itu cuba spin isu pokok kepada isu lain. Mat Yo sebenarnya nak tahu kenapa ejennya itu berdiam diri dan melarikan diri ketika beliau memerlukan bantuan.

Mat Yo berkata: “Beliau [Abdul Halim] mendakwa saya tandatangan dengan Pro24 Agency tanpa pengetahuan beliau tetapi perkara sebenar adalah sebaliknya.”

“Saya telah maklumkan kepada beliau yang saya sudah tandatangani dengan Pro24 Agency.”

“Tetapi beliau kata tiada masalah kerana beliau boleh selesaikan perkara itu dengan pihak pengurusan BG Pathum United termasuk pengarah teknikal dan ketua jurulatih.”

“Beliau sendiri yang beri jaminan kepada saya ketika itu tiada masalah dan mengapa pula dalam kenyataannya hari ini, beliau kata hal itu berlaku tanpa pengetahuannya?”

“Keduanya, beliau mendakwa BG Pathum United masih belum membayar yuran ejen kepadanya tetapi kelab telah memberitahu kepada saya, yuran ejen itu sudah pun diperolehinya.”

“Adakah kelab berbohong atau beliau yang berbohong?”

“Secara logiknya kalau belum dapat yuran ejen, sudah tentu beliau masih menghubungi saya dan kelab.”

“Tapi apabila beliau sendiri menghilangkan diri, nampaknya memang dah dapatlah [yuran ejen] rasanya,” katanya.

Norshahrul tidak mahu hal itu menjadi lebih panjang dan meminta Abdul Halim menghubunginya.

“Saya pun tak mahu perkara ini berlarutan. Harap beliau dapat hubungi saja saya segera dan kita boleh berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan baik. Cuma janganlah lepas tangan.”

Rujukan: Sinar

Baca yang lain