Match Reaction: Malaysia Bermain Ikut Kehendak Vietnam

Vietnam menang 1-0 ke atas Malaysia dalam Kelayakan (Bersama) Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Korang boleh baca match report di sini:

Vietnam play their style

Ini adalah definisi Vietnam bermain dengan kekuatan mereka tanpa perlu mengambil kira kelemahan lawan.

Korang boleh baca ulasan daripada saya di semuanyaBOLA tentang taktikal Park Hang Seo ni.

Dalam ulasan taktikal itu, saya gariskan cara Vietnam yang suka untuk bergerak dan overload di flank. Cuma point ke-3 dalam artikel tu tersasar sikit. Sebab Vietnam ternyata bermain high press juga.

Maksudnya, Vietnam banyak bermain di flank kiri yang merupakan kekuatan utama mereka.

Mereka langsung tak kisah walaupun ada banyak kelompongan di tengah ataupun di sebelah kanan.

Malaysia pula tidak mampu bermain sepanjang 90 minit. Mereka bermain mengikut corak Vietnam. Malaysia cuba bergerak di flank area yang merupakan kekuatan utama Vietnam.

Kita semua tahu Malaysia suka menggunakan Matt Davies yang merupakan main crosser. Tapi malam ni kena cari pelan taktikal lain juga.

Malaysia tak ada spark di hole area. Malaysia tiada banyak idea ketika menyerang dan tiada kreativiti.

Vietnam pula malam ni bermain dengan extra metres di kawasan lawan berbanding dengan pendekatan mereka sebelum ini yang lebih kepada ‘steady at the back’ dulu, dan kurang pressing di kawasan lawan.

Hari ini berbeza, Vietnam benar-benar pressing high. Mereka ada fitness yang sangat baik untuk menekan pasukan Malaysia.

Bagi saya, Malaysia patut banyakkan pelan taktika di central area dan half space. Namun ianya tak berlaku.

Pada akhir separuh masa kedua, Vietnam baru nampak hilang sedikit stamina. Itu kita faham sebab mereka press ‘kaw-kaw’ sebelum tu.

Malaysia berhadapan dengan isu fitness juga dalam perlawanan ini. Ada beberapa pemain tak mampu bergerak dengan efisien.

Malaysia ada peluang nak dapat ‘ugly point’ namun tak dapat menyudahkannya.

Vietnam pun sama. Mereka tak mampu mendapatkan gol kedua kerana tak cukup klinikal.

Rumusan

Saya merasakan perlawanan ini Malaysia kalah segalanya. Fizikal, taktikal dan mentaliti. Begitu juga dengan in game management. Kita perlu bangkit.

Vietnam jelas pasukan lebih bersedia dalam perlawanan ini.

Apapun. Ini bukan pengakhiran. Bola sepak adalah projek yang ada kesinambungan yang panjang.

Hari ini bukan hari kita. Bukan hari kita bermain baik. Sebab kita tahu, Malaysia boleh bermain lebih baik daripada ini.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi