Materazzi Akhirnya Akui Dia Provok Zidane ‘Guna Adik Perempuan’ Punca Dia Kena Hantuk

Sebelum ini Zinedine Zidane pernah mejelaskan bahawa dia menghantuk Marco Materazzi ketika aksi final Piala Dunia 2006, setelah pemain pertahanan Itali itu melibatkan adik perempuannya dalam pertikaman lidah mereka.

Ianya adalah aksi terakhir Zidane bersama Perancis. Di mana dia pada ketika itu keluar daripada persaraan antarabangsa untuk membantu Perancis layak ke Piala Dunia dan mara sampai ke final.

Zidane menjadi inspirasi Perancis sepanjang kempen mereka, seperti biasa.

Namun dalam aksi final, Zidane telah menerima kad merah kerana salah insiden yang paling popular iaitu dia menghantuk Materazzi sehingga pemain itu terduduk kesakitan.

Zidan dilayangkan kad merah pada minit ke-117.

Selepas insiden itu, Zidane dikenakan hukuman. Walaupun sebenarnya dia dari awal lagi sudah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas perlawanan itu.

Zidane diminta melakukan khidmat komuniti oleh FIFA dan dia melakukannya.

Berbalik kepada aksi tersebut. Itali menang menerusi penentuan sepakan penalti 5-3.

Dalam aksi yang sama, Zidane menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-7.

Agak ironi kerana, gol Zidane tersebut disamakan oleh Marco Materazzi.

Zidane pernah memberikan pandangannya tentang insiden itu. Dengan menyatakan bahawa, sampai mati dia tak akan meminta maaf daripada Materazzi. Dan Zidane lebih sanggup mati daripada dipaksa meminta maaf di atas tindakannya ke atas Materazzi – yang menurutnya selayaknya diterima pemain itu.

Beberapa hari lalu, Materazzi telah mengulas tentang insiden tersebut. Dia dengan bangga menyatakan bahawa, Zidane telah koyak dengan trash talk ataupun permainan perang saraf yang dia buat.

Materazzi mengingatkan Zidane bahawa, dia bukannya serius memaksudkan mahu meniduri adik Zidane, sebaliknya cuma trash talk yang biasa digunakan dalam sukan seperti NBA.

“Itu namanya trash talking, dan ianya tidak membawa maksud apa apa. Dia tawarkan saya jersinya, dan saya balas, saya lebih memilih kamu serahkan adik perempuan kamu.”

“Orang yang tinggal di Amerika Syarikat yang layan NBA, perkara itu dipanggil trash talking.”

Materazzi pernah menafikan bahawa dia pernah mengejek Zidane dengan melibatkan ibu pemain itu.