Selepas hampir 14 tahun, Marco Materazzi akhirnya berkongsi kisah penuh mengenai apa yang berlaku ketika Zinedine Zidane menghantuknya ketika aksi final Piala Dunia 2006.
Terdapat beberapa momen yang masih segar dalam aksi akhir Piala Dunia. Aksi terakhir Piala Dunia Zidane sebagai pemain. Ketika itu pemain terbaik kejohanan telah dibuang padang kerana menanduk dada Materazzi.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak khabar angin dan versi mengenai apa yang berlaku tentang apa yang dikatakan oleh pertahanan Itali itu yang menyebabkan reaksi panas Zidane.
Zidane pernah menyatakan Materazzi menghina keluarganya. Media terus membuat spekulasi Materazzi telah menghina ibu Zidane.
Materazzi menafikannya. Sebaliknya apa yang dikatakan Zidane itu memang betul. Materazzi menghina adik perempuan Zidane.
Sepanjang aksi Zidane dan Materazzi beberapa kali terlibat dalam suasana tegang.
“Hantukan kepala Zidane? Saya tidak menjangkakannya pada saat itu,” kata Materazzi kepada wartawan AS Sepanyol.
“Saya cukup bernasib baik kerana keseluruhan episod itu agak mengejutkan saya. Kerana jika saya menjangkakan sesuatu seperti itu akan berlaku dan bersiap sedia untuk menyambutnya, saya pasti kedua-dua kami dibuang padang.”
“Ada sedikit kontak antara kami di kawasan tersebut itu. Dia telah menjaringkan gol Perancis pada babak pertama dan jurulatih kami (Marcello Lippi) memberitahu saya untuk menangawalnya.”
Materazzi on the Zidane incident🗣
"Our coach told me to mark him. After that first brush between us, I apologised but he reacted badly. After the third clash, I frowned and he retorted: 'I'll give you my shirt later'. I replied that I'd rather have his sister than his shirt". pic.twitter.com/3gTaO74lIa
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 3, 2020
“Selepas pergaduhan pertama di antara kami, saya meminta maaf tetapi dia bertindak balas dengan teruk.”
“Selepas pertembungan kali ketiga, saya mengerutkan kening dan dia membalas: ‘Nantilah saya akan berikan baju saya’. Saya menjawab bahawa saya lebih suka mempunyai kalau dapat adik perempuan dia daripada bajunya.”
Ini pertama kali bekas pemain pertahanan Inter itu mendedahkan apa yang sebenarnya telah dikatakannya ketika itu.
Materazzi kemudian menganggap Zidane mudah koyak, kerana di Itali ada lebih banyak trash talk yang teruk di sana.
“Saya memang keluarkan kata-kata yang bodoh tetapi tidak patut untuk menerima reaksi seperti itu. Di mana-mana kawasan di Rom, Naples, Turin, Milan Paris, saya mendengar banyak lagi perkara yang lebih serius daripada itu.”
Materazzi kemudian menegaskan sekali lagi, dia bercakap tentang adik perempuan Zidane bukannya arwah ibu Zidane.
“Saya bercakap tentang adiknya bukan ibunya, seperti yang pernah saya baca di beberapa surat khabar. Ibu saya meninggal semasa saya remaja, saya tidak akan pernah menghina dia.”
Materazzi melakukan kesilapan dengan membentes Florent Malouda di dalam kotak penalti. Zidane menyempurnakan penalti tersebut.
Namun Materazzi menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol hasil umpanan Andrea Pirlo menerusi sepakan sudut, 12 minit selepas gol pendahulan Perancis.
Momen kemarahan Zidane tiba pada minit ke-110 permainan dan beliau dibuang padang. Itali menjadi juara dunia sekali lagi.
Zidane diarahkan melakukan kerja kemasyarakatan kerana beliau selepas itu bersara penuh daripada bola sepak.
Mungkin bagi Materazzi perkara itu sekadar perang saraf. Namun bagi Zidane adik perempuannya juga tidak patut dijadikan bahan untuk mengejeknya.