Materazzi Menyesal ‘Mintak’ Adik Perempuan Zidane Pada Hari Itu

Materazzi mengaku sendiri bahawa benar seperti yang didakwa Zidane bahawa dia dihantuk pemain itu setelah meminta adik perempuan Zidane untuk diberikan kepadanya.

Dalam budaya masyarakat Eropah mungkin perkara itu dianggap gurauan kasar, namun Zidane selaku seorang muslim, dia tidak boleh menerima ejekan seperti itu.

Sebelum ini Zinedine Zidane pernah menjelaskan bahawa dia menghantuk Marco Materazzi ketika aksi final Piala Dunia 2006, setelah pemain pertahanan Itali itu melibatkan adik perempuannya dalam pertikaman lidah mereka.

Walaupun media ketika itu menganggap Zidane mengada adakan cerita, kerana trash talking itu biasa dalam bola sepak. Kini Materazzi sudah beberapa kali mengesahkan perkara itu.

Ianya adalah aksi terakhir Zidane bersama Perancis. Di mana dia pada ketika itu keluar daripada persaraan antarabangsa untuk membantu Perancis layak ke Piala Dunia dan mara sampai ke final.

Zidane menjadi inspirasi Perancis sepanjang kempen mereka, seperti biasa.

Namun dalam aksi final, Zidane telah menerima kad merah kerana salah insiden yang paling popular iaitu dia menghantuk Materazzi sehingga pemain itu terduduk kesakitan.

Zidan dilayangkan kad merah pada minit ke-117. Selepas insiden itu, Zidane dikenakan hukuman. Walaupun sebenarnya dia dari awal lagi sudah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas perlawanan itu. Zidane diminta melakukan khidmat komuniti oleh FIFA dan dia melakukannya.

Berbalik kepada aksi tersebut. Itali menang menerusi penentuan sepakan penalti 5-3. Dalam aksi yang sama, Zidane menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-7.

Agak ironi kerana, gol Zidane tersebut disamakan oleh Marco Materazzi.

Beberapa tahun lalu, Materazzi telah mengulas tentang insiden tersebut. Dia dengan bangga menyatakan bahawa, Zidane telah koyak dengan trash talk ataupun permainan perang saraf yang dia buat.

Materazzi mengingatkan Zidane bahawa, dia bukannya serius memaksudkan mahu meniduri adik Zidane, sebaliknya cuma trash talk yang biasa digunakan dalam sukan seperti NBA.

“Itu namanya trash talking, dan ianya tidak membawa maksud apa apa. Dia tawarkan saya jersinya, dan saya balas, saya lebih memilih kamu serahkan adik perempuan kamu.”

“Orang yang tinggal di Amerika Syarikat yang layan NBA, perkara itu dipanggil trash talking.”

Materazzi pernah menafikan bahawa dia pernah mengejek Zidane dengan melibatkan ibu pemain itu.

Kini Materazzi menyesali apa yang berlaku pada hari itu. Kerana ianya telah memberikan imej buruk kepada kariernya. Orang melupakannya sebagai seorang pemain pertahanan kental yang membantu negaranya memenangi Piala Dunia dan membantu Inter memenangi treble, kerana lebih ramai mengingati detik dia kena hantuk.

“Saya tak suka dengan apa yang berlaku kerana ianya tidak memberikan penilaian sebenar kepada apa yang saya lakukan dalam karier saya.

“Episod itu sepatutnya tidak pernah berlaku. Dalam ketegangan final di Berlin, di tengah tengah perbalahan dan caci maki, Zidane telah menawarkan saya jersinya [sindiran kerana Materazzi menarik jersi pemain itu].

“Saya kata tak apalah, saya pilih kamu bagi adik perempuan kamu.

“Kemudian dia [Zizou] berpaling dan memberikan reaksi yang semua orang akan ingati. Sejak peristiwa itu saya tak pernah berjumpa dengan Zidane lagi.”

Netizen rata rata setuju dengan tindakan Zidane sebagai anak lelaki dalam keluarga.

“Itu harga yang harus dibayar kalau kamu menghina keluarga orang.”

Yang lain menulis: “Kamu mencarutlah apa sahaja, namun jangan sesekali sentuh ahli keluarga pemain lain terutama sekali emak mereka.”

Zidane pernah memberikan pandangannya tentang insiden itu. Dengan menyatakan bahawa, sampai mati dia tak akan meminta maaf daripada Materazzi. Dan Zidane lebih sanggup mati daripada dipaksa meminta maaf di atas tindakannya ke atas Materazzi – yang menurutnya selayaknya diterima pemain itu.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi