Mathias Dedahkan Paul Pogba Bomohkan Mbappe Masa Man United vs PSG 2019

Di antara banyak video yang didedahkan pada Jumaat, Mathias Pogba menuduh adiknya Paul telah mengganggu prestasi Kylian Mbappé  semasa PSG tewas 1-3 di tangan Manchester United.

Paul Pogba dikatakan telah membomohkan Mbappe pada masa itu.

Mathias Pogba mendedahkan “pendedahan besar” seperti yang dijanjikan tentang adiknya Paul beberapa minggu lalu.

Dia memuat naik beberapa siri video yang disiarkan di Twitter pada Jumaat. Menurutnya, pemain tengah itu memang menggunakan khidmat bomoh bernama Ibrahim dan digelar Grande yang dikenalinya menerusi Serge Aurier.

Dalam video pertama, Mathias memberi jaminan bahawa adiknya telah melakukan mantra kepada “beberapa rakan sepasukan termasuk Kylian Mbappé.

Dia percaya dengan bomoh itu selepas merasakan bahawa bomoh itu benar benar membantunya memenangi Piala Dunia pada 2018. Oleh sebab itu Pogba sanggup membayar pengeras mencecah jutaan euro secara terkumpul.

Seterusnya, Mathias turut mendedahkan bahawa lelaki yang dituduh Pogba mencuri wangnya sebanyak EUR200,000 dari kad kredit adalah rakan baiknya sendiri bernama Mamadou yang dipanggil Mam.

Mam merupakan orang tengah antara Pogba dan bomoh Ibrahim. Setiap kali selepas upacara pembomohan dan ritual sihir selesai, bomoh akan memaklumkan kepada Mam. Dan dari situlah Mam mulai diberikan bayaran oleh Pogba atas khidmatnya.

“Titik perubahan ialah Piala Dunia 2018 di mana Paul, yang lebih percaya kepada ahli sihir berbanding Tuhan, mendakwa bahawa ahli sihir itu yang membantu memastikan kemenangan pasukan Perancis,” kata Mathias.

“Ahli sihir itu sendiri akan mengesahkan kepada Mam bahawa “segala kerja telah pun selesai”, dan di situlah Mam mula mendapat gaji. Selepas itu, Paul meneruskan amalannya dengan ahli sihirnya, terutamanya semasa Liga Juara-Juara untuk memastikan Manchester berjaya mara.”

“Bomoh Paul Pogba yang dicadangkan oleh Serge Aurier telah membomohkan Mbappe dalam aksi bersejarah antara Manchester United dan PSG.”

Dalam perlawanan tersebut Mbappe kelihatan mati kutu berdepan dengan Manchester Unite yang berjaya menterbalikkan defisit gol 2 gol daripada perlawanan pertama.

Sebelum ini Mathias dilaporkan ditahan polis untuk membantu siasatan di atas pertuduhan melakukan pemerasan ke atas adiknya sendiri, Paul Pogba. Di mana Pogba menyatakan bahawa dia menjadi mangsa peras ugut daripada abang dan rakannya dari kecil bersama dengan gangster, meminta dia membayar EUR13 juta secara keseluruhan.

RMC melaporkan bahawa rumah Pogba sedang dikawal ketat oleh polis selepas pemain itu membuat laporan polis meminta perlindungan.

Mam pula diberitakan masih lagi di dalam tahanan polis.

Didier Deschamps baru baru ini diminta memberikan komennya tentang Pogba yang berdukun. Dia menyatakan dia tiada masalah dengan kepercayaan mana mana pemain. Kerana Pogba menyatakan dia berdukun untuk melindungi diri daripada kecederaan.

Pogba menafikan sama sekali dia berdukun untuk membomohkan orang lain terutama sekali rakan sepasukannya.

Baca yang lain