Pengendali pasukan Perak, Lim Teong Kim benar benar mati akal memikirkan penyudah pasukannya yang lemah.
Dalam aksi berdepan PDRM FC, skuad Perak terikat seri tanpa jaringan walaupun banyak mencipta peluang.
Menurut Lim Teong Kim dia menghargai usaha dan semangat para pemain serta gaya permainan yang ditunjukkan.
Namun hanya satu perkara yang dia tak gembira iaitu penyudah yang sangat tumpul.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, LTK berkata:
“Mereka [pemain pemain] tidak jaringkan gol, itu sahaja. Peluang sudah ada, bukannya tidak ada. Peluang sudah pun dicipta.”
“Peluang sudah ada di sana. Terpulang kepada individulah [untuk menyudahkannya].”
“Saya cuma kecewa dengan keputusan saja [selainnya saya berpuas hati].”
“Selain daripada itu, semua pemain sudah memberikan yang terbaik.”
Lantas Lim Teong Kim mahu pengurusan Perak FC memanggil bomoh dari Indonesia untuk membantu menamatkan masalah ketumpulan mereka di hadapan gol.
“Kita mesti panggil bomoh dari Indonesia” jelas LTK lagi.
"Kita mesti panggil bomoh dari Indonesia" 😳
Nampaknya pelan sudah ada untuk perlawanan seterusnya#PDRMPRK #DemiLigaKita pic.twitter.com/gvBZLJIkUE
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 28, 2023
Lim Teong Kim membimbing Perak untuk musim debutnya dalam Liga Super Malaysia. Beliau sebelum ini dikenali dengan reputasi sebagai jurulatih pembangunan yang luar biasa.
Pernah berkhidmat untuk NFDP yang kemudiannya dikenali sebagai AMD. Sebelum itu Lim Teong Kim pernah berkhidmat dalam pasukan pembangunan Bayern Munich.
Tetapi cabaran baharu dalam kariernya adalah dalam Liga super Malaysia. Selepas dua perlawanan beliau masih belum merasai kemenangan.