Matic Sekolahkan Keane: “Dia Harus Terima Hakikat, Bola Sepak Sudah Berubah”

Nemanja Matic telah membalas kritikan Roy Keane dan mendakwa pundit itu ‘perlu memahami bahawa bola sepak telah berubah’. Dia meminta Keane untuk tidak berada di takuk lama.

Keane telah membidas Matic atas komennya semasa pemain tengah Serbia itu berada di Manchester United.

Pemain berusia 34 tahun itu, kini di AS Roma, berkata kedua-dua Chelsea dan Man United ‘di dalam hatinya’ berikutan pengalamannya di kedua-dua kelab.

Namun Matic terkesan dengan komen Keane sebelum ini ke atasnya yang mempersoalkan pembelian Matic dan menggunakan pemain itu sebagai pemain utama untuk sekian lama. Keane ketika itu menganggap Matic tidak mencerminkan standard Manchester United.

Kapten legenda dari Ireland itu berkata: “Di manakah standard kelab?”

Keane kemudian mengkritik Matic yang tidak dapat memilih mana satu kelab no.1 di hatinya.

Keane manambah: “Matic bercakap tentang saya akan pergi, saya mempunyai masa yang hebat, Man United akan sentiasa di hati saya, oh dan Chelsea juga, oh dan Benfica jangan lupakan mereka, mereka semua tidak boleh berada di hati kamu.”

Matic kini telah menjawab kritikan Keane, menuduh bekas kapten Man United itu tidak ‘memahami bahawa bola sepak telah berubah’.

Dia memberitahu Times: “Saya menghormati apa yang telah dia lakukan tetapi dia perlu memahami bahawa bola sepak telah berubah.

“Jika saya pernah bermain untuk Chelsea, saya tidak boleh mengatakan saya membenci mereka. Saya tidak boleh marah apabila saya bercakap dengan akhbar selepas perlawanan.”

Pemain tengah Roma itu kemudian menyentuh tentang disiplin Keane di atas padang, mendakwa gaya pemain agresifnya akan terdedah kepada kad merah dalam Liga Perdana hari ini.

“Cara dia berkelakuan di atas padang, 70 peratus daripadanya adalah kad merah pada hari ini,” tambah Matic.

“Anda tidak boleh menumbuk pemain lain apabila semua kamera di dunia ada di sana,” kata Matic merujuk kepada VAR dan perhatian dunia kepada siaran langsung.

“Wira sebenar adalah apabila anda keluar di jalanan dan berkata sesuatu, tetapi dia sentiasa sangat baik dengan saya, jadi apa yang dia katakan secara umum, secara jujur, saya tidak begitu peduli.”

“Saya tahu apa yang telah saya lakukan dalam kerjaya saya dan saya sangat gembira.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.