Matty Cash Tukar Nama Jadi Matteuz Gotowa, Sedia Lawan England Bulan Depan

Bintang Aston Villa, Matty Cash sah menukar kewarganegaraannya untuk menjadi warganegara Poland. Cash merupakan warganegara England.

Gagal mendapat tempat dakam skuad kebangsaan England.

Dan beliau turut menukar sekali namanya sebaik sahaja menerika status wargenagara baharunya. Matty Cash akan melakukan debut bersama skuad Poland pada minggu antarabangsa bulan hadapan.

Beliau mendapat status kewarganegaraan Poland daripada ibunya yang berketurunan Poland.

Matty Cash kini akan menggunakan nama Mateusz Gotowka.

Gotowa mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Presiden Poland Andrzej Duda kerana sokongannya kepada dia dan keluarganya.

Dalam tweet beliau, Gotowa berkata: “Terima kasih tuan presiden. Ianya satu detik yang sangat membanggakan dan sangat penting buat saya dan keluarga.”

“Saya akan melakukan yang terbaik di atas padang.”

“Permohonan saya untuk menjadi warganegara Poland sudah pun diluluskan oleh badan berkanun Poland.”

“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada presiden, keluargan saya dan mereka yang membantu saya sepanjang semua ini. Masa untuk cabaran baharu, dan saya akan melakukan yang terbaik demi negara ini.”

Agak menarik kerana Matteuz Gotowa akan berpeluang untuk berdepan dengan England dalam aksi kelayakan Piala Dunia bulan hadapan.

Mungkinkah selepas ini Guilherme de Paula Lucrécio akan benar benar menukar namanya menjadi Zulhelmi De Paula dan kemudian menentang Brazil dalam minggu antarabangsa?