Matyat Buat Gadis Depresi, Tetapi Brendan Gan Jejaka Malaya Idaman Wanita Sebenar

‘Matyat Buat Gadis Depresi, Tetapi Brendan Gan Jejaka Malaya Idaman Wanita Sebenar.’ – apakah yang Wany cuba sampaikan melalui artikel kali ini?

Setiap orang mempunyai sebab tersendiri untuk meminati sukan bola sepak. Ada yang minat bola sepak kerana sejarah sesebuah kelab seperti Liverpool.

Ada yang minat dengan corak permainan, sepertimana Jose Mourinho yang kini kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris bersama Totenham Hotspur.

Tidak kurang juga yang meminati bola sepak kerana ketampanan pemain, seperti fenomena yang pernah dibawa oleh David Beckham satu masa dahulu. Untuk sebab ini, kebiasaannya ia melibatkan golongan wanita.

Matyat buat gadis ini depresi

Baru-baru ini terdapat satu laporan deri MStar mengenai seorang gadis yang mengalami depresi kerana terlalu kagum akan Akhyar Rashid, atau lebih dikenali sebagai Matyat.

Gadis berusia 18 tahun, Siti Aminah Adnan berkata día pernah mengalami depresi gara-gara kerana keinginan untuk berjumpa dengan bintang bola sepak yang diminatinya tidak kesampaían.

“Saya pernah alamí kemurungan tahun lepas. Waktu ¡tu saya ke Stadium Nasional Bukít Jalil untuk menonton perlawanan bola sepak.

“Pada masa ¡tu memang niat saya nak berjumpa dengan Akhyar sebab saya betul-betul minat día. Tapi hasrat untuk berjumpa día taktercapai.

“Masa itu saya nak ambil gambar dengan día tapi salah seorang peminat yang lain tolak saya jatuh sampai siku tangan terluka.

“Saya murung dekat sebulan, rasa macam bukan diri saya saja. Kadang-kadang saya menangis kerana tak boleh terima apa yang terjadi, ” ujarnya kepada mStar.

Posted by Akhyar Rashid Fans on Saturday, August 3, 2019

Siti Aminah turut menjelaskan sebab dirinya begitu mengkagumi Matyat. Seperti yang diduga, dia bertangapan Matyar kacak.

“Saya minat día sebab kacak, ¡tu sudah pasti. Tapi perangaí lawaknya juga buat saya meminatinya.
Saya tahu dia orang Alor Setar, Kedah tapi bukan senang nak bertemu dengannya, ” ujar Siti lagi

Perkara ini Wany tak nak komen. Setiap gadis di luar sana ada selera masing-masing.

Brendan Gan jejaka Malaya idaman wanita sebenar

Walaupun tidak bersetuju, dan tidak juga membantah apa yang Siti Aminah katakan mengenai Matyat, Wany pula berpendapat Brendan Gan selayaknya diangkat sebagai jejaka Malaya idaman wanita sebenar di Malaysia.

Ini berdasarkan beberapa penilaian yang Wany lakukan. Bukan kerana Wany tertarik dengan bisep atau six pack milik Brendan semata-mata. Tetapi penilaian berdasarkan fakta yang akan membuatkan setiap wanita yang membaca artikel ini akan merasa kagum.

1. Brendan Gan tidak pernah putus asa

Satu perkara yang pasti Brendan Gan adalah jenis lelaki yang tidak pernah putus asa. Ini selepas pemain ini dilanda dua kecederaan ACL.

Kecederaan ACL adalah kecederaan yang paling digeruni pemain bola sepak. Kebarangkalian prestasi pemain untuk merosot teruk selepas kecederaan ACL – walau sekali – hingga terpaksa mengakhiri karier mereka, sangatlah besar.

Tetapi bagaimana pula jika pemain mendapat kecederaan ACL sebanyak 2 kali? Bagi kes Brendan Gan, beliau berjaya menangani dan mengakhirinya dengan senyuman.

Kecederaan ACL pertama Brendan Gan berlaku pada tahun 2015 ketika Kelantan menentang ATM.

Kemudian ligamen lutut Gan terputus sekali lagi pada penghujung 2016. Kali ini dalam tugasan antarabangsa ketika menyarung jersi Harimau Malaya.

Bercakap kepada FourFourTwo, Brendan mengaku kecederaan ACL kali kedua ini membuatkan beliau tertekan dari segi mental.

“ACL kedua ini hampir sama dengan yang pertama. Namun proses pemulihan lebih panjang kerana ada meniskus yang harus diperbaiki,” katanya.

“Secara mental, ianya adalah detik paling sukar dalam hidup saya. Jika saya duduk di Malaysia (sepanjang pemulihan) saya boleh jadi gila dan mungkin berhenti bermain bola sepak.”

Enggan berpeluk tubuh meratapi kecederaan tersebut, Brendan kembali ke Australia untuk menjalani rawatan. Usaha gigihnya terbukti terhasil apabila Brendan tampil sebagai pemain utama Perak selama dua musim ini, dan juga bersama pasukan kebangsaan.

Bayangkan sikap tidak pernah berputus asa Brendan Gan terhadap wanita yang disayangi dalam hidupnya. Brendan adalah seorang lelaki yang cekal dan tidak pernah berputus asa, satu kualiti yang digemari kebanyakkan wanita pada hari ini.

2. Seorang lelaki yang penyayang dan romantis

Tidak syak lagi, Brendan juga adalah seorang lelaki yang penyayang. Berdasarkan perkongsian beliau melalui Instagram, anda boleh melihat bagaimana Brendan begitu menghargai isterinya yang melahirkan zuriat buat mereka.

Baru-baru ini, Brendan dan isterinya baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5. Perhatikan tutur kata Brendan terhadap isterinya melalui perkongsian di atas.

Ianya simple, tetapi cukup romantis untuk menyentuh hati dan perasaan mana-mana wanita untuk rasa dihargai. Terus terang cakap, bukanlah emas permata yang wanita kejar. Cukuplah dengan seorang suami yang amat memahami pengorbanan seorang isteri seperti yang ditampilkan oleh Brendan Gan.

3. Brendan bapa penyayang

Brendan Gan juga adalah seorang bapa yang penyayang. Setiap wanita mahukan suami yang boleh menjadi seorang ayah yang penyayang kepada anak yang dilahirkan. Setiap anak juga mahukan seorang ayah yang sentiasa mengambil berat akan keperluan mereka.

 

View this post on Instagram

 

The best day of my life… watching my superhero of a wife bring this little guy into the world ❤️ . Mum and I love you so much already little Koa Brooklyn Gan 🥰 . Now for the hardest time of my life… to leave this little angel 👼 after 2 days of life to get back to business of World Cup Qualifiers, the life of a footballer is never easy but the love I have for @ebt320 and Koa will carry with me as motivation to give more then 110% 🙌🏽🙏🏽 . #ithasBGAN #RoadToRecoveryHasBGAN #ACLrehab #ACLRecovery #TheReturn #StayPositive #NikeMY #Fitness #Health #Work #Goals #LiveLife #LoveLife #Mindset #Malaysia #Australia #Sydney #Cronulla #NationalTeam #WCQ2022 #Positive #Footballer #Inspiration #QOTD #YouVsYou #HarimauMalaya #MentalStrength #NationalPride #Effort #HardWork

A post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan) on

Itulah ciri-ciri yang ditampilkan oleh Brendan. Bagi Brendan, kelahiran Koa Brooklyn adalah hari terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Beberapa hari selepas itu, Brendan Gan membantu Malaysia menewaskan Indonesia untuk menutup tahun 2019 dengan cemerlang bagi skuad kebangsaan.

“Saya tidak pasti sejauh mana saya mampu membantu tetapi tugasan saya kini adalah bersama isteri.” kata beliau dalam satu temubual bersama Astro Arena sebelum ini.

“Saya perlu membantu isteri menguruskan keperluan harian. Ia sesuatu yang sangat mengujakan.”

4. Komited, setia dan realistik

Satu perkara yang pasti juga ialah Brendan Gan adalah jenis lelaki yang setia. Beliau telah memberikan komitmen beliau kepada Malaysia untuk bola sepak antarabangsa, walaupun secara teknikal beliau boleh menunggu untuk dipanggil oleh Australia.

Baiklah, kita juga boleh melabel beliau sebagai realistik. Beliau tidak menunggu panggilan dari Australia kerana menyedari ianya sukar untuk beliau dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Australia. Ini bermakna Brendan sedar, Malaysia memberikan peluang yang lebih baik buat dirinya untuk aksi di pentas antarabangsa.

Komitmen Brendan bersama pasukan kebangsaan tidak payah kita ragui. Beliau seorang pemain yang cukup profesional. Malah beliau sanggup meninggalkan keluarga, terutama anak lelaki yang baru berusia beberapa hari demi menyahut panggilan tugasan bersama pasukan negara di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Ini membuatkan Wany sedikit jealous sebenarnya. Untung isteri Brendan dapat suami yang komited dan setia.

5. Tall, bright and handsome!

Jika mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dikenali sebagai jejaka “tall, black, and handsome”, maka Brendan Gan bolehlah dilabel sebagai jejaka “tall, bright and handsome!”

Berkulit cerah, mempunyai ketinggian 1.8 meter, bersusuk tubuh tegap (walaupun bukan sado makan produk), Brendan adalah lelaki maskulin sejati idaman setiap wanita.

Wany tak nak komen lebih-lebih bab ketampanan Brendan ni. Boleh buat Wany tajk tidur malam. Tak pasal-pasal Wany pula depresi. Tapi Wany memang minat gaya rambut Brendan yang rapi dan simple.

Paling penting, Brendan ni memang taste Wany lah…

Baca yang lain