Matyat Bukan Matyo, Tapi Matyat Harus Belajar Seperti Pawi

Semalam selepas tamat perlawanan, Wany tertarik dengan jawapan Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengenai prestasi Akhyar Rashid (Matyat) ketika post-match interview.

Sebelum itu, Akhyar dikeluarkan oleh Cheng Hoe pada awal babak kedua perlawanan untuk memberikan laluan kepada Norshahrul Idlan Talaha.

Seraya itu, corak permainan pasukan negara berubah menjadi lebih dinami, lebih kompak di fasa serangan, dan lebih banyak fluidity dihasilkan ketika menggerakkan bola ke hadapan.

Matyat bukan Matyo

Satu perkara yang pasti, Matyat bukan Matyo. Walaupun kedua-duanya ada nama panggilan ‘Mat’. Mengapa Tan Cheng Hoe keluarkan Matyat selepas 45 minit beraksi?

Kalau ikut perkiraan in-game management, ia berisiko mengambil kira Cheng Hoe sudah pun menggunakan satu pertukaran dengan memasukkan Farizal Marlias untuk menggantikan Khairul Azhan yang mengalami kecederaan.

Dalam aksi semalam, Matyat beraksi di posisi sayap kiri. Sumareh sebagai False 9, dan Sapawi Rasid sebagai penyerang sayap kanan.

 

Pada 45 minit pertama perlawanan, Malaysia agak sukar menembusi garisan pertahanan 4-5-1 Indonesia. Sumareh dikawal ketat, dan sering kali hilang composure. Begitu juga Sapawi di sebelah kanan. Yeyen Tumena sedar dari awal mengenai ancaman yang boleh diberikan oleh kedua-dua pemain ini.

Masalah utama Matyat semalam ialah dia terlalu berada di wide area. Setiap kali dapat bola, Matyat bergelut untuk melepasi bek kanan lawan – sama ada untuk melakukan hantaran, bertukar hantaran, atau melakukan larian masuk ke kawasan penalti lawan.

Ini bermakna Matyat isolated dari dua lagi pemain penyerang negara – Sumareh dan Sapawi.

Di dalam sistem False 9, pemain penyerang kanan dan kiri harus sentiasa mempunyai connectivity antara satu sama lain ketika fasa serangan.

Perkara itu tidak berlaku. Kebanyakkan masa, Matyat sama aada kehilangan bola, atau pun terpaksa menghantar bola kembali ke belakang. Ini menjejaskan intensiti permainan.

Mengapa Cheng Hoe nak Matyat belajar?

Dalam post-match interview semalam, Tan Cheng Hoe jelas kurang berpuas hari dengan prestasi Matyat. Tapi Coach Tan ni memang orangnya lembut. Dia berlapik. Dia kata prestasi Matyat baik, tapi Matyat harus banyak belajar.

Menarik sekali Tan Cheng Hoe kata, satu hari nanti Matyat akan jadi first eleven. Sebab itu dia kena belajar. Maksud Cheng Hoe di sini ialah Matyat kena tahu bagaimana untuk develop diri dia. Dia nak jadi pemain yang macam mana? Dia nak main macam mana?

Seperti Safawi, kita tahu bagaimana pemain ini meningkatkan keupayaan kaki kiri, kebolehan set pieces, dan juga fizikal sehingga boleh jadi power seperti hari ini.

Matyat macam mana pula? Tak susah pun kalau kita lihat latar belakang Matyat ni. Paling penting dia sanggup usaha keras. Kita kenal dulu sapa Matyat.

Sejarah keluarga

Matyat dilahirkan 1 Mei 1999 di Alor Setar, Kedah. Tidak sukar membayangkan bagaimana anak muda ini boleh cemerlang di dalam bidang sukan terutamanya bola sepak.

Ini kerana anak-anak keluarga Rashid sememangnya dikenali kerana kecemerlangan di dalam bidang sukan.

Abang kepada Matyat, Rafdi Rashid adalah bekas pemain dan legenda pasukan Kedah.

Manakala kakak kepada Matyat, Rashidah Abdul Rashid juga pernah aktif di dalam bola sepak, sebelum bertukar bidang kepada sepak takraw.

Rashidah adalah pemain negara di dalam sukan itu. Manakala seorang lagi abang kepada Matyat, Abdul Rafiq Rashid aktif di dalam sukan gimnastik di peringkat negeri.

Darah sukan memang sudah mengalir dalam diri keluarga Matyat.

Trequartista harapan negara

Di peringkat pembangunan, Matyat sebenarnya dibangunkan sebagai pemain sayap, dan berkemampuan beraksi di kedua-dua belah bahagian sayap seperti mana yang diperagakan dalam perlawanan menentang Korea Selatan di pertandingan Sukan Asia sebelum ini.

Tetapi Matyat sebenarnya mampu beraksi di mana-mana posisi menyerang di belakang penyerang utama, atau sebagai penyerang kedua.

Kerana itulah Matyat dianggap sebagai pemain baka trequartista. Pemain baka trequartista boleh bermain sebagai penyerang atau perancang; bergantung kepada situasi dalam perlawanan dan kebijaksanaannya mengadaptasi.

Dan sudah tentu seorang trequartista aktif di zon final third serangan, sebagaimana yang sering diperagakan oleh Akhyar.

Kemampuan dimiliki pemain ini menyebabkan beliau mudah menyesuaikan diri dengan formasi dan taktikal 3-5-2 Datuk Ong Kim Swee atau pun 4-2-3-1 milik Tan Cheng Hoe.

Jadi kita boleh faham sekarang mengapa ada teguran dari Tan Cheng Hoe, apabila prestasi Matyat lawan Indonesia semalam sekadar Baik.

Apa perlu dilakukan?

Seperti Sapawi, Matyat pun kini pemain JDT. Di JDT terus terang cakap tidak mudah untuk mana-mana pemain muda mendapatkan minit perlawanan yang banyak.

Sebabnya di situ, pemain import berkualiti, pemain tempatan yang ada pun tip-top. Tapi jangan salah faham dengan kenyataan Wany.

Perkara ini ada baiknya. Sebab dalam situasi sebegitu, Matyat kena push diri sendiri. Di JDT, direct rival Matyat untuk berebut tempat dalam kesebelasan utama ialah Gonzalo Cabrera. Bukan calang-calang pemain ni.

Tetapi kalau Safawi boleh, Syafiq Ahmad juga semakin menyerlah, mengapa Matyat tak boleh?

Inilah yang dimaksudkan oleh Tan Cheng Hoe. Tidak selama-lamanya Matyat akan jadi pemain simpanan. Satu hari nanti dia akan jadi sandaran utama JDT dan juga Harimau Malaya.

Tetapi sebelum itu, Matyat kena buktikan diri dulu. Dia kena belajar seperti Safawi. Keluar dari zon selesa, push diri sendiri untuk jadi yang terbaik.

Matyat memang bukan Matyo, tapi Matyat kena belajar seperti Sapawi. Ayuh bangkit Matyat!

 

 

 

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi