Maxi Kongsi Cerita Dicarut Rafa Kerana Sebenarnya Tak Pandai Inggeris

Maxi Rodríguez dianggap antara pemain yang disayangi oleh peminat Liverpool.

Beliau tiba di Liverpool ketika kelab sedang dalam masalah. Namun beliau tetap memberikan beberapa aksi memukau ketika di Anfield.

Liverpool merupakan kelab terakhir Maxi Rodriguez ketika di Eropah sebelum kembali semula ke Argentina. Beliau menyertai Liverpool dari Atletico pada 2010.

Akibat impaknya yang kuat di Liverpool, beliau malah diciptakan lagu oleh peminat The Reds.

Dalam satu sembang sembang di Instagram dengan legenda Argentina,  Juan Pablo Sorín, Maxi memberikan penghormatan beliau kepada penyokong Liverpool yang sentiasa menyokongnya.

Kisah lucu kena carut dengan Rafa Benitez

Maxi Rodriguez turut berkongsi cerita lucu yang membuatkan Rafa mencarut dekat dia. Kau ingat senang nak buat Rafa ni mencarut.

Namun hari itu Rafa terpaksa mencarut kerana Maxi.

Rafa sentiasa menegaskan bahawa di locker room pasukan Liverpool, semua pemain harus bercakap bahasa Inggeris.

Rafa meminta kesemua pemain belajar bahasa Inggeris, jika mereka tak tahu bahasa Inggeris.

Rafa kemudian datang kepada Maxi dan berkata: “Bahasa Inggeris sangat penting, dan saya nak semua pemain tahu bahasa Inggeris. Hanya Bahasa Inggeris dibenarkan di bilik persalinan.”

Mereka bercakap dalam bahasa Sepanyol la masa Rafa cakap itu.

Maxi Rodriguez yang sebenarnya tak faham sangat bahasa Inggeris. Namun dia menyembunyikannya dan mengangguk, menjawab Si (ya).

“Rafa kemudian bertanya, sama ada saya boleh berbahasa Inggeris, dan saya kata Si! dengan keadaan bertenang.”

“Dah tentu saya tak nak kantoi tak faham bahasa Inggeris.”

“Kami kemudian tiba di England ada sidang media. Rafa kemudian memberitahu saya, bahawa dia akan cakap dulu, dan kemudian baru saya.”

“Saya terus merangkul bahu Rafa dan berbisik kepadanya: “Macamni Rafa, saya nak buat pengakuan. Saya sebenarnya tak tahu langsung bahasa Inggeris. Satu satunya perkataan Inggeris yang saya tahu adalah ‘hello’.”

“Saya mengakui saya pandai Inggeris kerana tak mahu perpindahan ini gagal.”

“Rafa terus berkata kepada saya: Tak tak, sekarang ni kau ni son of a b**ch’.  Dan kami berdua ketawa di sana.”

Rafa bengang sebab pihak kelab tidak menyediakan penterjemah kerana Maxi menipunya. Cubalah cakap jujur. Takkanlah hanya sebab tak pandai Inggeris terus perpindahan gagal kan?

Tengok muka kat bawah ni, Rafa tahan maki je tu.

Maxi kemudian menjelaskan, beliau mengambil kelas bahasa Inggeris ketika di Liverpool.

Maxi juga mengenang kembali detik beliau di Atletico.

“Saya sangat serasi dengan Atletico kerana saya kapten dan saya sangat kenal dengan bandar itu.”