Mayweather Bagi Hadiah Krismas Kepada Anaknya Berupa Mercedes G63 Bernilai RM750,000

Semua manusia sukakan kejutan dan hadiah, terutama sekali pada hari perayaan. Tidak kira la sesiapa sahaja dan latar belakang.

Floyd Mayweather telah memberikan kejutan yang paling mengejutkan anak gadisnya berusia 19 tahun sempena Hari Natal.

Ini apabila Mayweather memberikan hadiah Krismas kepada Ivanna berupa sebuah kereta Merceceds G63 yang bernilai sekitar RM750,000.

Anaknya yang teruja terus memuat naik gambar kereta itu dengan kegembiraan di Instagram miliknya.

Siapa tak gembira dapat hadiah kereta wei. Dapat Kancil pun dah suka, inikan pula Mercedes.

Ivanna mengesahkan itu adalah hadiah sempena Hari Natal oleh ayahnya yang merupakan petinju popular.

Ivanna menulis di IG: “Omg, omg, omg! Terima kasih ayah.”

Ivanna merupakan anak sulung Mayweather daripada 4 orang anak yang beliau ada. Kakak kepada Zion, Koraun dan Jirah.

Dan kesemua anaknya telah menerima hadiah kereta sport yang mahal – mahal daripada ayah mereka sebelum ini.

Zion pernah menerima Mercedes C Class Coupe bernilai  £31,000 sempena harijadinya ke-16 pada 2017 lalu.

Mayweather memang kaya raya dan banyak sekali kereta mewah termasuk Ferrari 488 bernilai  £238,000. Yang paling murah di garaj beliau ketika ini adalah Mercedes-Maybach yang hanya bernilai £172,000.

Mayweather kerap menimbulkan kontroversi dengan kenyataan beliau. Namun Mayweather tetap memiliki rekod tanpa kalah dan menang kesemua pertarungan di dalam kariernya.

Mayweather kini bersara dengan rekod 50-0-0 di dalam kariernya.

Musuh utama beliau di gelanggang pastinya Manny Pacquiao yang masih lagi menunggu Mayweather menerima cabarannya untuk rematch.

Antara pertarungan yang memberikan Mayweather wang yang banyak adalah pertarungan dengan Conor McGregor beberapa tahun yang lalu.

Ketika itu Floyd Mayweather keluar semula daripada persaraannya untuk melanjutkan lagi rekod kemenangannya.

Pacquiao tidak berpuas hati dengan rekod itu kerana menurut Pacman, Mayweather tidak bertarung secara adil dan meletakkannya sebagai rekod karier.

Dan Pacquiao meminta Mayweather keluar daripada persaraan lagi untuk pertarungan yang sebenar. Namun buat masa ini masih tidak dilayan oleh Floyd Mayweather.

Forbes menyenaraikan Floyd Mayweather sebagai atlet paling tinggi pendapatan untuk 2019, mengatasi Cristiano Ronaldo dan juga Lionel Messi.

Mayweather menerima pendapatan $915 juta pada tahun ini. Satu angka yang sangat tinggi. Sekitar RM3.8 billion.

Tahun 2019 yang sangat cemerlang untuk seorang pesara seperti Floyd Mayweather yang kini banyak melakukan aksi pertunjukkan di negara seperti Jepun.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.