Mayweather Mahu Lawan McGregor Dan Khabib Dalam Masa Sehari

Floyd Mayweather Jr. melaungkan cabaran kepada dua petarung UFC iaitu Khabib Nurmagomedov dan juga Conor McGregor.

Floyd Mayweather mahu berhadapan dengan dua petarung tersebut dalam masa sehari ataupun dua pertarungan dalam tempoh dua puluh empat jam.

Dipetik daripada ESPN, Mayweather sudah menyatakan hasrat beliau kepada Presiden UFC, Dana White.

Mayweather mahu Dana White mengatur pertarungan beliau dengan Khabib Nurmagomedov pada sebelah pagi.

Dan sebelah malam pula, petinju berusia 42 tahun itu akan beraksi dalam aksi rematch dengan Conor McGregor.

Ianya nampak seperti satu idea yang agak gila. Namun Mayweather yakin ianya tawaran yang sukar ditolak oleh UFC. Ini kerana ianya mampu memberikan pulangan yang besar kepada semua pihak.

Seterusnya, Mayweather menyatakan, jika Dana White menerima idea itu, Mayweather meminta bayaran US$250 ataupun lebih RM1 Billion.

Angka yang sangat besar bukan?

Beliau mengesahkan bahawa tawaran itu adalah murah berbanding dengan apa yang beliau dapat ketika berhadapan McGregor dalam pertarungan 2017 yang lalu.

Mayweather menyatakan beliau sudah meletakkan tawaran harga lelong untuk 2 pertarungan tersebut.

Sebagai rekod, dalam aksi berhadapan dengan Conor McGregor, beliau secara keseluruhan mendapat $300 juta daripada pertarungan tersebut. Ataupun lebih RM1.2 billion, daripada pelbagai sumber termasuk PPV, bonus kemenangan dan juga hak tajaan.

Mayweather masih menjadi atlet yang menjadi kuasa kepada PPV.

Difahamkan Mayweather mahu bertarung dengan dua jagoan UFC itu di dalam disiplin tinju.

Beliau pernah menewaskan McGregor di gelanggang tinju, beberapa tahun lalu. Namun terpaksa mengambil 10 pusingan untuk melakukannya.

Semalam, Ali Abdelaziz melaporkan bahawa ada promoter dari Ara Saudi yang sanggup membayar Khabib Nurmagomedov $100 juta untuk rematch dengan McGregor.

Namun ditolak oleh Nurmagomedov yang menganggap pertarungan itu tidak ada tujuan dan tidak ada motivasi kepada dirinya.

Lantas, ESPN merasakan bahawa idea ini tidak akan menjadi kenyataan. Dan mungkin hanya pertarungan dengan Conor McGregor 2 yang akan direalisasikan.

Malah, Khabib Nurmagomedov telah mengarahkan agar pihak tersebut mendermakan sahaja wang itu untuk kebajikan, jika tidak tahu cara menggunakannya, daripada membayar beliau sebanyak itu untuk berhadapan McGregor.

PacMan masih menunggu

Dalam perkembangan lain, Manny Pacquiao masih menunggu lagi rematch dengan Mayweather. Di mana sudah beberapa kali Floyd Mayweather menolak cabaran yang dilaungkan oleh PacMan.

Floyd Mayweather masih belum tewas dalam sebarang pertarungan beliau di arena tinju. Beliau sudah mengesahkan persaraannya beberapa tahun lalu.

Namun selepas itu, keluar sekejap daripada persaraan untuk bertemu dengan Conor McGregor.

Adakah beliau akan keluar semula daripada persaraan selepas ini untuk berhadapan dengan Manny Pacquiao?

Sebab ada desas desus menyatakan ada perbincangan di antara kedua dua pihak pada tahun ini.

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi