Nouusa Mazraoui telah dikenakan tindakan oleh kelab kerana komennya yang terbuka menyokong Palestin. Sebelum ini pemain antarabangsa Maghribi itu menitipkan doa keamanan buat warga Palestin.
Komen itu segera mengundang reaksi marah daripada Bayern yang menuduh pemain itu menyokong Hamas yang dilabel pengganas oleh Bayern.
Bayern sudah menegaskan bahawa kelab itu menyokong Israel dan Mazraoui dianggap telah bercanggah dengan falsafah kelab itu.
Pemain itu sudah menjelaskan pendiriannya selepas post di IG tersebut: “Pertama sekali, saya nak cakap yang saya agak terkilan apabila terpaksa menjelaskan pendirian saya. Ada situasi di mana beribu orang tak bersalah telah terbunuh. Pendirian saya adalah, saya akan berusaha untuk keamanan dan keadilan di dunia ini.”
“Ini bermaksud saya sentiasa menentang apa saja bentuk keganasan, kebencian dan penderaan. Dan itu adalah prinsip yang sentiasa pertahankan.”
“Sebab itu saya tak faham kenapa ada orang yang memikirkan sebaliknya tentang saya dan kenapa saya perlu bersama dengan kumpulan yang dibenci?”
“Hari ini bukan lagi tentang apa yang saya fikirkan, apa yang kamu fikirkan, tetapi tentang manusia yang tak bersalah telah terbunuh setiap hari dalam konflik yang sangat meruncing dan semakin sukar dikawal. Kita harus menentangnya dan bercakap menentangnya. Ini adalah tiada perikemanusiaan.”
“Akhir sekali saya nak memberitahu bahawa, pandangan saya tidak berniat menyinggung perasaan mana mana pihak secara sengaja atau tak.”
Noussair Mazraoui on his pro-Palestine posts on IG: "First of all I would like to say it's really disappointing that I have to explain what I stand for. There's a situation out there where thousands of innocent people are being murdered. My position is that I will work for peace… pic.twitter.com/Uus1bnRu2K
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 15, 2023
Tindakan Mazroui mempertahankan perbuatan dia membuat post tentang apa berlaku di Gaza terus mengundang rasa marah Bayern.
Seperti dijanjikan Bayern melakukan siasatan dalaman ke atas pemain itu. Dan dia sudah berjumpa dengan pengurusan Bayern.
Selepas pertemuan itu Mazraoui tidak dibenarkan berlatih bersama dengan pasukan utama sebagai hukuman awal buatnya. Dia hanya dibenarkan berlatih secara bersendirian atau pengasingan daripada rakan rakannya.
🇲🇦 Noussair Mazraoui is training individually with FC Bayern pic.twitter.com/2UOVkKfAlE
— MoroccanGrinta (@MoroccanGrinta) October 19, 2023
Tidak pasti sama ada pemain itu akan berdepan dengan hukuman lebih lanjut. Apa yang pasti ada segelintir peminat Bayern menyindiri kelab itu: “Beberapa minggu lalu Bayern mahu menandatangani kaki pukul perempuan dan hari ini menggantung Mazraoui kerana seruan keamanan.”
“Boateng malah masih dibenarkan berlatih bersama skuad utama.” tegas mereka.
Selain itu ada juga peminat mengingatkan bahawa kem Bayern Munich merupakan pencetus kepada kempen mendesak kebebasan bersuara di Qatar 2022 dan menyatakan mereka membawa mesej hak asasi manusia.
Dan kini ketika pemain mereka memperjuangkan isu hak asasi kemanusiaan, dikenakan tindakan pula.