MB Baharu Akui Baru Tahu Dan Nekad Selesaikan Masalah Gaji Pemain Kedah

Pemain skuad Lang Merah nampaknya sudah boleh menarik nafas lega. Ini apabila Menteri Besar (MB) Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor berjanji akan membantu menyelesaikan masalah tunggakan gaji membabitkan para pemain Kedah.

Beliau mengakui hanya mendapat tahu masalah itu menerusi laporan media.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau sendiri semalam kepada wartawan. Sanusi memandang berat isu melibatkan tunggakan gaji para pemain.

Sanusi berkata: “Saya hanya mengetahui mengenai tunggakan gaji pemain menerusi media sahaja. Saya difahamkan berlaku masalah gaji kerana kekangan kewangan. Saya akan berjumpa segera pengurusan KFA untuk dapat kedudukan sebenar.”

“Namun saya harap pemain dapat sambut Aidilfitri dengan gembira.”

Sebelum ini para pemain Kedah berharap kehadiran Menteri Besar baharu, Muhammad Sanusi Md Nor akan dapat memberi sinar Aidilfitri buat mereka.

Ini selepas pasukan Kedah FA berhadapan dengan masalah tunggakan gaji yang memaksa para pemain erpaksa ‘mengikat perut’.

Menurut salah seorang pemain Kedah yang enggan namanya didedahkan, beliau menyatakan, pertukaran kerajaan negeri yang berlaku menimbulkan persoalan terhadap status tunggakan gaji mereka.

Namun pemain tersebut mengharapkan barisan baharu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang dijangka diterajui Sanusi tidak akan lepas tangan mengenai isu tunggakan gaji yang sedang dihadapi oleh Kedah FA pada ketika ini.

Beliau meletakkan harapan yang sangat besar agar tunggakan gaji dapat diselesaikan secepat mungkin, apatah lagi sambutan Aidilfitri akan menjelang kurang seminggu lagi.

Beliau berkata:

“Isu politik ini memang membuatkan kami tertanya-tanya mengenai tunggakan tetapi dengan perkembangan terbaharu hari ini (semalam), kami sedikit lega dan harap ia dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.”

“Semoga kepimpinan baharu ini mampu melihat dan menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji yang kami hadapi sejak Februari lalu dengan efektif sekali gus mengelak imej KFA daripada terjejas.”

“Meskipun berhadapan isu gaji tertunggak ini memang memeritkan semua pemain lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri minggu depan, kami tetap berfikiran positif yang segala masalah ini akan dapat diselesaikan selepas ini.” katanya lagi.

Sebelum ini pengurusan KFA menyatakan mereka berjanji akan memabayar tunggakan gaji sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Dengan perubahan tampuk pentadbiran baharu, harapan mereka kini adalah kepada kepimpinan yang baharu.

Isu tunggakan gaji pemain Kedah mulai hangat diperkatakan apabila pemiliki JDT, Tunku Mahkota Johor, telah memetik nama Kedah sebagai salah sebuah pasukan yang berhadapan dengan tunggakan gaji.

TMJ membangkitkan isu itu ketika ada pasukan yang tidak bersetuju dengan permintaan PFAM untuk selesaikan dahulu tunggakan gaji sebelum memotong gaji yang dipersetujui ketika liga berehat ketika wabak.

KFA sebelum ini bengang dan membuat beberapa sidang media mempertahankan tindakan mereka. Malah mereka menyataka KFA sudah berunding dengan para pemain Kedah dan mereka faham.

Namun beberapa minggu lalu, isu menjadi panas semula apabila ada pemain Kedah yang mengadu kepada media tentang isu tunggakan gaji itu.

Diharap kemelut yang melanda ini akan dapat menemui penyelesaian.

Pemain Kedah sebelum ini mendakwa tidak mendapat bayaran gaji tiga bulan mulai Februari lalu, dan berharap masalah itu dapat diselesaikan segera.

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris juga mengumumkan kerajaan negeri sebelum ini sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membayar tunggakan gaji para pemain mereka.

Menurut beliau Presiden KFA terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mukhriz sudah meluluskan peruntukan itu dua hari sebelum meletak jawatan sebagai MB.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.