Mbappe Adalah Suspek Utama 100%

Wartawan I’Expressen menegaskan bahawa Kylian Mbappe kini adalah suspek utama kes permekosaan seorang gadis di Sweden.

Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita polis Sweden lancarkan siasatan ke atas Mbappe selepas menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa dia dipaksa Mbappe melakukan hubungan kelamin.

Wanita itu membuat laporan polis dengan menyebut nama Kylian Mbappe sebagai orang yang bertanggungjawab menodainya.

Laporan I’Expressen menegaskan bahawa kejadian bukan berlaku di kelab malam, namun di hotel tempat Mbappe menginap. Dia membawa wanita itu ke hotel tersebut.

Wanita tersebut setuju mengikut Mbappe namun dia tidak menyangka Mbappe mahu menodainya.

Laporan yang sama menyebut, Mbappe ke kelab malam untuk 2 malam berturut turut ketika minggu antarabangsa kali ini. Dia dikecualikan daripada tugasan kerana tidak cukup cergas.

I’Expressen menegaskan: “Dia adalah suspek utama 100%. Kami mendapat tahu yang wanita ini dan Mbappe tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Namun Mbappe ke kelab malam untuk 2 malam berturut turut. Dia membawa wanita ini  pulang ke hotel tempat dia menginap.

“Dan di situlah kejadian r*gol ini berlaku. Polis sudah mengambil bahan bukti seperti pakaian daripada pengadu.”

Sebelum ini laporan menyatakan bahawa polis turut memeriksa CCTV di tempat berkaitan dan wanita tersebut dilaporkan sedia melakukan ujian DNA.

Real Madrid sudah memberikan respon bahawa mereka percaya sepenuhnya Mbappe tidak akan terjebak ke dalam kes seperti ini. Real Madrid langsung tidak membincangkan perkara ini secara dalaman ketika ini.

Mereka menyimpulkan tuduhan dibuat wanita tersebut adalah sekadar tuduhan tidak  berasas.

Kylian Mbappe menyertai Real Madrid musim ini secara percuma dari PSG. Dan dia menjadi bintang utama kelab itu serta negaranya.

Adakah kes ini akan mengganggu kariernya selepas ini?