L’Équipe melaporkan bahawa Kylian Mbappe mengancam akan meninggalkan kelab itu jika mereka berterusan tidak membayar tunggakan gajinya.
Mbappe sebelum ini sudah bengang dengan beberapa perkara di PSG. Ini termasuk isu melibatkan perpindahan pemain dan juga janji kepada Mbappe untuk memberikan beberapa kuasa pemilik dan Pengarah Sukan kepadanya.
Misalnya Mbappe meminta kelab menandatangani seorang no.9 dan seorang bek tengah. PSG dikatakan berjanji akan memberikannya apa dia hajatkan selepas memecat pengurus dan Pengarah Sukan sesuai kehendak Mbappe.
Namun Mbappe kecewa. Kerana dia mendapati dia bukan pemain paling berpengaruh di PSG. Malah dia merasakan Messi adalah pemain yang lebih berpengaruh daripadanya di kalangan pemain pemain PSG.
Mbappe kemudian dikatakan mengancam untuk meninggalkan kelab itu dan berhasrat ke Real Madrid.
Malangnya Florentino Perez dikatakan masih bengang dengan Mbappe di atas tindakan pemain itu sebelum ini yang memberikan mereka harapan palsu.
Beberapa minggu selepas itu Mbappe menyatakan dia mahu terus kekal di PSG dan tidak pernah terfikir mahu ke Real Madrid.
Alasannya, dia lebih suka mencipta sejarah baharu dengan pasukan yang dianggapnya seperti kertas kosong – PSG, berbanding Real Madrid yang sudah sarat sejarah dan gah.
Selain itu Mbappe juga berkata dia mahu berbakti kepada kota Paris.
Kini masalah baharu timbul, apabila kelab masih belum melangsaikan sebahagian daripada gajinya.
Penyerang itu dilaporkan menyedari bahawa gaji Septembernya tidak masuk ke akaun banknya ketika dia pergi memeriksa baki di AmBank cawangan Paris.
Mbappé pada mulanya terkejut, dan pada 11 Oktober, dia dikatakan baru mendapat tahun bahawa gajinya untuk September dan Oktober rupa rupanya belum masuk lagi.
Gajinya pada bulan Oktober dikatakan masih dalam proses ataupun floating. Mana tak marah kawan tu. Konsert Blackpink pula sudah makin dekat.
One of the reasons why Mbappé had expressed his desire to leave PSG, was late payment. At the end of September, PSG had not paid a large part of Mbappé's salary. The delay was made up for but the Mbappè was annoyed by the situation. Everything has been normal since.
[@lequipe] pic.twitter.com/LkTiMhW683
— PSG Report (@PSG_Report) November 14, 2022
Satu atau dua hari kemudian, sebahagian daripada gajinya dibayar, tetapi tidak keseluruhannya.
Dia tidak gembira kerana kelewatan gajinya. Delegasi dan wakil pemain itu terus meminta jawapan daripada PSG.
Malang sekali, mereka tidak berpuas hati dengan semua penjelasan yang diberikan kepada mereka.
Ini kerana ada jawapan yang tak konsisten diberikan beberapa pegawai. Ada yang memberikan alasan isu FFP dan ada juga yang menyatakan bahawa alasan lain.
Gaji kasar Mbappéś €70 juta untuk semusim, secara bersih. Gaji tersebut sama paras dengan gaji Lionel Messi dan Neymar.
Lebih membuatkan Mbappe bengang, dua pemain itu tidak pernah menghadapi sebarang masalah tunggakan gaji mereka.
L’Equipe dimaklumkan oleh seseorang dari PSG bahawa itu sudah selesai. Tetapi pihak Mbappe tidak mengiyakan kenyataan itu dan hanya berdiam diri.
La Parisien Dedah Kontrak Mbappe Bernilai €630 Juta
Bintang PSG, Kylian Mbappe akan menerima musang king runtuh jika dia terus kekal sehingga 2025.
Malah jika dia tidak pergi ke mana mana pada Januari ini, Mbappe turut menerima habuan lumayan apabila kontraknya memasuki tahun 2023
Mbappe sebelum ini pernah mempertimbangkan hasrat untuk meninggalkan PSG selepas kecewa dengan beberapa perkara di PSG yang tidak seperti dijanjikan kepadanya ketika PSG memujuknya untuk terus kekal bersama kelab Perancis itu.
Antara adalah isu taktikal dan pengaruh di bilik persalinan. Mbappe tidak suka beraksi sebagai no.9. Dia mahukan peranan lebih bebas sama seperti Messi dan Neymar.
Seterusnya, Mbappe juga tidak merasa bahawa dia adalah bintang paling penting dalam pasukan. Kerana pemain pemain lain lebih menghormati Lionel Messi.
Namun baru baru ini Mbappe menyatakan bahawa dia gembira di PSG. Presiden kelab, Nasser Al Khelaifi juga yakin bahawa pemain itu akan terus kekal bersama mereka.
Secara keseluruhan, La Parisien mendedahkan kontrak Mbappe adalah bernilai €630 juta jika dia kekal sehingga 2025.
Ini termasuk wang bonus tandatangan yang diberikan kepadanya sebelum ini yang bernilai ratusan juga Euro.
Dalam perjanjian semasa, Mbappe tertakluk kepada kontrak sehingga 2024 sebagai mutlak dan setahun lagi (sehingga 2025) adalah pilihan untuk dilanjutkan.
Menariknya kontrak lanjutan khas itu boleh diaktifkan sebelah pihak sahaja iaitu Mbappe.
Ianya sebahagian daripada syarat khas diberikan PSG kepada Mbappe dalam usaha mereka menghalang pemain itu ke Real Madrid sebelum ini.
La Parisien turut melaporkan bahawa kontrak Mbappe meningkat mendadak berbanding gaji sebelum ini. Pada syarat semasa gaji Mbappe adalah €6 juta sebulan, meningkat 3 kali ganda daripada sebelum ini.