Mbappe Arah PSG Delete Video Melibatkannya: “Ini Bukan Kylian Saint Germain”

Kylian Mbappe dengan sensasinya telah mengutuk tindakan kelabnya sendiri, PSG, kerana video promosi untuk tiket bermusim.

Di mana Mbappe menyatakan dia kecewa kerana tidak diberitahu bahawa video temuramah dia dengan petugas media kelab adalah untuk promosi tersebut.

Kylian Mbappe berada dalam video tersebut, dan dia bercakap tentang kelab dan penyokong kelab itu. Pada video tersebut, ada pautan untuk pembelian tiket, di laman rasmi kelab.

Namun Mbappe kecewa kerana dia tidak dimaklumkan terlebih dahulu bahawa video temuramah melibatkannya rupa rupanya digunakan untuk tujuan komersial kelab melibatkan promosi tiket bermusim kelab.

Sedangkan dia sebelum ini beranggap temuramah atau wawancara itu adalah untuk mempromosikan produk kelab seperti sebelum ini.

Namun malangnya video itu dilihat berpusat kepada Mbappe berbanding pemain lain. Hanya dia seorang sahaja di situ bersama dengan Nuno Mendes.

Kemudian tiada lagi pemain senior lain berada di dalam video tersebut terutama sekali Neymar, Marquinhos atau Messi.

Mbappe tidak sangka bahawa video temuramahnya sebelum ini digunakan untuk promosi tiket bermusim kelab dan hanya dia yang bercakap. Dia tidak selesa, seolah olah video itu adalah berkaitan dengan dirinya sahaja.

Mbappe menulis: “Saya baru sahaja terlibat dalam kempen promosi tiket bermusim bagi musim 2023/24.”

“Tidak sekalipun saya dimaklumkan tentang konten temuramah tersebut. Ianya seperti temuramah biasa pada hari promosi produk kelab.”

“Saya tidak setuju dengan video yang diterbitkan itu. Sebab itu saya berjuang untuk hak imej saya yang kelab telah gunakan.”

“PSG adalah kelab yang hebat dan keluarga yang hebat. Namun kelab ini sama sekali bukan Kylian Saint-Germain.”

Wakil perundangan Mbappe sudah berbincang dengan kelab dan sedia menyelesaikan isu ini secara dalaman.

PSG sudah memadamkan video tersebut daripada semua rangkaian rasmi kelab seperti mana diminta oleh Mbappe.

Tahun lalu, Mbappe sudah menyatakan bahawa dia memboikot untuk terlibat dalam kempen promosi penaja pasukan kebangsaan.

Ini kerana Mbappe tidak mahu digunakan dalama promosi jenama judi dan makanan segera yang tidak bagus untuk dikaitkan dengan seorang pemain bola sepak sepertinya.

Konflik hak imej Mbappe dengan FA Perancis telah menjadi panas. Di mana Mbappe menyatakan dia bertindak sebagai mewakili pemain pemain lain. Di mana pemain seringkali diminta melakukan promosi untuk pasukan kebangsaan walaupun bercanggah dengan prinsip sertau konflik lain.

Mbappe mahukan sesebuah pasukan itu agar lebih menghormati pemain sebelum sewenang wenang menggunakan hak imej mereka untuk kepentingan komersial.