Kylian Mbappe mengejutkan ramai peminat PSG apabila memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan kelab itu.
Dia sudah menghantar surat menyatakan bahawa Mbappe tidak akan mengaktifkan klausa lanjutan setahun lagi.
Akhirnya PSG memberitahu Mbappe pemain itu harus pergi jika tidak mahu melanjutkan kontrak itu.
Kelab akan menjualnya serta merta. Dan Mbappe dikatakan mahu terus kekal di PSG sehingga kontraknya berakhir dan pergi sebagai ejen bebas.
Namun PSG tak rela melihat pemain itu pergi secara percuma. Dan PSG berkeras mahu menjual Mbappe.
Kelab itu sudah menghubungi Florentino Perez dan menyatakan mereka sedia menjual Mbappe ke Real Madrid.
Real Madrid menawarkan €120 juta untuk Mbappe. Namun PSG meminta sekurang kurangngya €200 juta untuk pemain yang mereka beli €180 juta beberapa tahun lalu.
Mbappe kini menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di PSG. Dan mengingatkan PSG bahawa kelab itu harus membayarnya €150 juta seperti mana dipersetujui sebelum ini jika PSG mahu menjualnya sebelum kontraknya berakhir.
Mbappe kini merancang mahu terus kekal di PSG dan menandatangani pra kontrak dengan Real Madrid pada Januari 2024 yang akan datang.
Membolehkannya pergi secara percuma ke Real Madrid pada musim berikutnya.
Agak sukar untuk PSG membayar Mbappe €150 juta memandangkan kelab itu bergelut untuk mengimbangi akaun FFP mereka.
Bayangkan mereka terpaksa membayar Mbappe €150 juta dan Real Madrid hanya setuju membayar €120 juta, mereka akan defisit €30 juta.
Dan jika Real Madrid setuju memenuhi permintaan PSG dengan membayar €200 juta, PSG hanya akan menerima €50 juta dan Mbappe menerima lebih banyak daripada kelab itu hasil penjualan Mbappe sendiri.
PSG menawarkan banyak klausa yang membuatkan Mbappe menjadi pemain yang berkuasa lebih besar daripada kelab.
Antaranya, Mbappe berhak bersuara dalam jual beli pemain dan perlantikan jurulatih dan pegawai di PSG.
Seterusnya Mbappe boleh mengaktifkan kontrak lanjutan setahun sebelah pihak tanpa memerlukan persetujuan kelab.
Serterusnya, Mbappe dijanjikan bonus besar jika kelab menjualnya lebih awal daripada kontrak wajibnya 2 tahun.
Semua itu dilakukan PSG tanda mereka benar benar serius menghalang Mbappe pergi ke Real Madrid sebelum ini.
Kini pemain itu ibarat mengkhianati mereka.