Mbappe Buka Akaun Gol Dalam Kemenangan 2-0 Real Madrid

Kylian Mbappe akhirnya membuka akaun gol beliau di La Liga bersama dengan Real Madrid dalam kemenangan 2-0 pasukan mereka ke atas Real Betis. Bukan satu tetapi dia mencetak kedua dua gol untuk Real Madrid dalam perlawanan tersebut.

Real Madrid yang keciciran mata dalam beberapa perlawanan sebelum ini kelihatan bergelut untuk mendapatkan gol pada separuh masa pertama. Terutama sekali gandingan Vinicius dan Mbappe yang beberapa kali mengancam kubu lawan tetapi buntu.

Real Madrid tampil dengan aksi dominan. Dengan pasukan lawan cuba menyakiti mereka dengan serangan balas. Real Madrid masuk ke bilik persalinan dengan skor 0-0.

Namun pada separuh masa kedua, superstar baharu mereka Kylian Mbappe akhirnya memecahkan kemarau gol di Real Madrid selepas 4 perlawanan beraksi. Sebelum ini dalam 3 perlawanan pertama dia langsung tidak dapat menjaringkan gol untuk Madrid.

Bintang antarabangsa Perancis dan bintang Real Madrid itu membuka tirai jaringan pada minit ke-67 perlawanan dan kemudian menjaringkan gol menerusi sepakan penalti minit ke-75.

Ancelotti mengesahkan bahawa Mbappe dan Vinicius adalah pengambil sepakan penalti utama untuk Real Madrid. Ancelotti menyerahkan kepada kedua duanya untuk menentukan siapakah yang patut mengambil sepakan penalti.

Bercakap sebelum perlawanan, Ancelotti berkata:”Saya gunakan hak saya untuk memberikan tanggungjawab kepada Mbappe dan Vinicius. Saya memilih agar pemain sendiri menentukan siapa yang patut ambil penalti sebab saya ada keyakinan tinggi ke atas pemain saya. Ianya bergantung kepada situasi mereka di dalam perlawanan dan keperluan satu sama lain mereka.

Real Madrid kini berada di tangga ke-2 selepas 4 perlawanan dengan mengutip 8 mata. Namun mereka dibezakan 4 mata daripada Barcelona yang mencipta permulaan sempurna selepas 4 perlawanan dengan 4 kemenangan pada era debut Hansi Flick sebagai pengurus.