Mbappe Dah Tak Sabar Nak Gempur Maccabi Haifa, Galtier Ikrar Taktikal Berintensiti Tinggi

Kylian Mbappe sudah tak sabar sabar untuk menggempur kubu pasukan Maccabi Haifa dalam aksi pertama UCL pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Mbappe dan rakan rakannya seperti Messi dan Neymar dilihat tidak ada tekanan di pusat latihan dan berseronok.

Mbappe dijangka akan menjadi ketua jentera serangan PSG sekali lagi dalam aksi dengan kelab dari Israel itu.

PSG sebelum ini berjaya menewaskan Juventus dalam aksi pembukaan UCL. Dan mereka sedar bahawa tugasan menentang Maccabi Haifa adalah tugasan harus menang.

Maccabi Haifa pula berada di tangga tercorot selepas tewas 2-0 di tangan Benfica. Pastinya mereka sedar bahawa ini bukan tugasan murah untuk menang ke atas pasukan serba bintang PSG.

PSG kini dalam momentum yang sangat baik. Dengan ketiga-tiga trio serangan mereka, Neymar, Kylian Mbappe dan Lionel Messi berada dalam prestasi terbaik pada ketika ini.

Messi sudah mendapat semula sentuhan golnya yang hilang musim lalu.

Neymar boleh dikira salah seorang penyerang paling prolifik dalam awal musim ini.

Trio serangan PSG terlalu pantas dan kuat untuk dikekang oleh kelab Israel itu.

Galtier: Kami akan bermain dengan intensiti tinggi

Pengurus PSG, Christophe Galtier berkata mereka akan membuat perubahan untuk perlawanan menentang Maccabi Haifa. Perubagan itu lebih kepada penambahbaikan dalam tempo dan intensiti.

Ianya amaran jelas kepada Maccabi Haifa bahawa PSG akan bermain dengan intensiti yang penuh tenaga tanpa mengambil mudah perlawanan yang dianggap mudah oleh media ini.

PSG memanfaatkan keputusan yang baik untuk bertandang ke Stadium Sammy Ofer selepas keputusan cemerlang dalam aksi pembukaan.

Galtier sebenarnya merasakan bahawa PSG mempunyai statistik yang agak baik dalam beberapa perlawanan terakhir. Dia memuji Kylian Mbappe dan rakan rakannya yang cukup aktif mencetak gol dan mencipta peluang.

Galtier berkata: “Kami mempunyai statistik yang kelihatan hebat dari segi gol dan peluang yang dicipta.”

Galtier kemudian menyeru agar pasukannya meningkatkan keupayaan penguasaan bola untuk menekan lawan mereka sepanjang 90 minit. Beliau turut meminta pemain pemainnya bermain dengan corak permainan mereka sendiri dalam pada masa yang sama mengetahui helah yang mahu dilakukan lawan mereka.

Galtier juga yakin bahawa beberapa kelemahan kecil mereka sebelum ini sudah diperbaiki.

Selain itu pengurus itu mengesahkan dia sudah memberikan segala informasi tentang lawan mereka kepada pemain pemainnya.

Baca yang lain