Mbappe Dedahkan Dia Dulu Kekal Di PSG Dan Tolak Real Madrid Kerana Minit Permainan

Kylian Mbappe akhirnya tampil untuk memberikan alasan sebenar dia melanjutkan kontrak dengan PSG sebelum ini walaupun dia sudah berjanji dengan Florentino Perez untuk menyertai Real Madrid.

Mbappe berpeluang menyertai Real Madrid secara percuma selepas kontraknya tamat pada 2022. Namun  membuat kejutan apabila dia membuat pusingan U untuk menandatangani kontrak baharu dengan PSG.

Ketika itu Florentino Perez benar benar marah kerana menurutnya Mbappe sudah berjanji dengannya untuk datang ke Real Madrid. Namun kenapa dia membuat pusingan U.

Perez malah pernah mengeluarkan Mbappe daripada senarai pemain yang dipantau oleh Real Madrid. Namun tidak lama selepas itu, Perez kembali tenang dan yakin bahawa mereka masih ada peluang mendapatkan Mbappe sama ada dengan membeli pemain itu atau dia datang secara percuma.

Hal ini kerana Mbappe hanya melanjutkan kontrak selama 2 tahun sahaja yang wajib. Sementara setahun lagi adalah pilihan. Selain itu, RMC turut mendedahkan bahawa Mbappe sudah menghubungi Perez secara personal dan meminta maaf kerana dia mahu terus kekal di PSG.

Mbappe seterusnya memberitahu dia mahu kekal di PSG kerana mahu membantu kelab itu menjuarai UCL. Dia berkata, dia mahu memberikan sesuatu kepada kota Paris sebagai orang Paris.

Media kemudian menganggap Mbappe kekal di PSG kerana wang dan dimanjakan kelab itu. Zlatan Ibrahimovic antara rakan seniornya yang mengkritik Mbappe yang menurutnya tidak mahu keluar daripada zon selesa.

Di PSG, Mbappe diberikan gaji sangat besar dan kuasa ala pemilik di kelab itu. Sesuatu yang tidak akan dia dapat di tempat lain.

Namun begitu, terbaru, Mbappe menafikan dia kekal di PSG kerana wang atau perkara lain. Sebaliknya dia mahukan jaminan minit perlawanan. Jika dia berpindah ke tempat lain dia mungkin bergelut untuk mendapatkan minit permainan, kata beliau.

Dia mementingkan minit permainan kerana dia mahu mendapat tempat dalam skuad kebangsaan Perancis yang beraksi di Qatar.

Mbappe berkata: “Ianya lebih kepada kecenderungan untuk terus kekal di PSG, kerana Piala Dunia di Qatar pada masa itu. Ada banyak perkara yang berlegar di sekitar semua ini.

“Ianya keputusan yang besar harus dibuat, ianya keputusan yang sukar namun saya tak menyesali apa apa pun.”

Kylian Mbappe kini berpeluang untuk menyertai Real Madrid secara percuma. Setelah dia mengabaikan peluang itu beberapa tahun lalu.

Real Madrid buat masa ini enggan membincangkan atau mengumumkan apa apa tentang Mbappe kerana mahu semua pemain fokus kepada UCL.

Mbappe dianggap pemain paling sesuai untuk Real Madrid mengisi slot pemain bintang yang lengkap dengan kuasa selebriti. Sama seperti CR7 sebelum ini.

Mbappe merupakan salah seorang pemain bola sepak yang memiliki daya tarikan publisiti yang luar biasa. Ia akan membantu Real Madrid mengukuhkan lagi populariti kelab itu.

Selain itu, dari segi aspek kesukanan, Mbappe antara pemain terbaik dunia pada ketika ini.