Kylian Mbappe telah mengejutkan ramai pihak apabila mengkritik presiden FFF, Noel Le Graet hanya beberapa jam selepas pengumuman lanjutan kontrak Didier Deschamps.
Segalanya bermula apabila Le Graet menafikan FFF berminat melantik Zidane sebagai pengurus baharu Perancis. Sebaliknya Le Graet menyatakan bahawa Zidane hanya berada dalam radar mereka sebagai calon. Jika Deschamps melepaskan jawatannya.
Beberapa bulan lalu L’Equipe melaporkan bahawa Zidane akan tetap dilantik menjadi pengurus Perancis walaupun Deschamps membantu Perancis menjuarai Piala Dunia kali kedua berturut-turut sekalipun.
Zidane sebelum ini dijanjikan perkara yang sama. Bahawa dia akan dilantik menjadi pengurus Perancis selepas Euro 2020 (yang diadakan pada 2021).
Zidane menunggu dengan sabar jawatan di Perancis. Dia menolak banyak tawaran lebih lumayan daripada beberapa kelab besar yang lain. Ini termasuk tawaran mega dari Qatar yang mahukan dia menjadi pengurus pasukan kebangsaan mereka sebelum ini.
Malah Fabrizio Romano sendiri beberapa kali menegaskan bahawa keutamaan Zidane adalah jawtaaan pengurus Perancis.
Kini FFF (FAM cawangan Perancis) telah memutuskan untuk terus melanjutkan kontrak Didier Deschamps. Dan presiden FFF dewan terbuka menyatakan bahawa:
“Zinedine Zidane sentiasa berada di dalam radar kami, tak perlu nak panjangkan cerita. Dia ada ramai penyokong, dan ada antara mereka menunggu Deschamps untuk pergi.”
“Tetapi siapa yang boleh mengkritik Deschamps setelah apa yang dia lakukan? Tiada!”
“Kamu [penyokong Perancis] boleh terlepas beberapa perlawanan pasukan kebangsaan, tapi saya sudah bersama dia selama 10 tahun.”
“Dalam tempoh itu tidak ada banyak masalah yang timbul daripada pengurusan beliau.”
“Laporan tentang dia akan melepaskan jawatan, hanyalah mainan media menarik klik daripada pembaca. Dia [Deschamps] cuma menganggap benda ini satu khabar angin bahawa bekas pengurus Real Madrid itu akan menjadi pengurus baharu Perancis.”
Paling mengejutkan adalah kenyataan Le Graet yang mendedahkan bahawa dia tak akan mengangkat panggilan telefon daripada Zidane sekalipun jika pengurus itu mahu membincangkan soal menjadi pengurus pasukan kebangsaan Perancis.
Ianya satu kenyataan sinis contoh laporan media di Perancis yang menyatakan bahawa Ke Graet sudah berapa kali menghubungi Zinedine Zidane dan berjanji mahu mengangkat dia menjadi pengurus baharu Perancis.
“Jika Zidane call saya sekalipun, saya tak akan angkat panggilan itu. Dah tentu tak akan saya angkat. Untuk apa? Nak beritahu dia supaya pergi cari kelab baharu untuk diuruskan? Atau wujudkan satu program khas untuk dia mendapatkan kelab atau pasukan kebangsaan baharu?”
Kata kata Le Graet ini membuatkan Mbappe tidak gembira sama sekali. Dia menulis di twitternya: “Zidane adalah Perancis!” Kata Mbappe merujuk kepada bagaimana bola sepak Perancis itu menempa kegemilangan sebagai juara dunia kerana Zidane.
Mbappe menambah: “Kita tidak boleh memperlekehkan legenda kita seperti itu [emoji tepuk dahi].”
Zidane c’est la France, on manque pas de respect à la légende comme ça… 🤦🏽♂️
— Kylian Mbappé (@KMbappe) January 8, 2023
Kenyataan Mbappe ini mengundang lebih banyak spekulasi. Ramai yang merasakan bahawa Mbappe mungkin tahu bahawa FFF sudah mempermainkan Zidane. Dan cuba memberitahu bahawa mereka sentiasa di belakang Deschamps.
Deschamps merupakan pengurus yang berjaya membantu Perancis menjadi juara dunia 2018. Dan dia mulai menuai kritikan kerana dianggap tidak cukup bagus dari segi taktikal.
Ramai yang mahukan Zidane menggantikan tempatnya memandangkan pasukan Perancis yang ada sarat dengan bakat baru.
Namun FFF setia dengan Descahmps.
Les mots de Didier Deschamps sur sa prolongation de contrat avec les Bleus jusqu’en 2026. 🇫🇷👔
(🎥 @RMCsport) pic.twitter.com/c0aeD2A5HA
— Instant Foot ⚽️ (@lnstantFoot) January 7, 2023
Kenyataan Le Graet itu juga membuatkan ramai peminat Perancis mahukan dia meletakkan jawatannya kerana terlalu biadap.
FFF president Noël Le Graët has lashed out at France legend Zinédine Zidane, saying he wouldn't answer the phone if the World Cup winner rang him – the situation. (RMC) https://t.co/9ff2RS5a1b
— Get French Football News (@GFFN) January 8, 2023