Mbappe Kecewa Ramai Pemain PSG Masih Tak Melayannya Sebagai ‘Star’ Seperti Dijanjikan Kelab

Wartawan yang mengikuti perkembangan rapat tentang kontrak Kylian Mbappe iaitu Marcelo Bechler menyatakan bahawa Kylian Mbappe kecewa kerana dia masih belum merasakan pemain pemain PSG menganggap dia sebagai bintang utama pasukan itu.

Marcelo Bechler turut menyatakan sukar untuk menyalahkan Mbappe 100% kerana PSG sendiri yang memberikan kuasa kepada pemain untuk menjadi lebih besar daripada pengurus atau kelab.

Musim lalu, PSG berhempas pulas cuba memujuk Mbappe untuk tidak ke Real Madrid. Di mana ketika itu Mbappe sudah mencapai kesepakatan verbal dengan Los Blancos.

Namun kemudian pemain itu tiba tiba menghubungi Presiden Real Madrid, Florentino Perez menyatakan bahawa dia akan terus kekal di PSG.

Menurut Fabrizio Romano: “Kylian Mbappe sudah menghubungi presiden Real Madrid, Florentino Perez secara terus pada petang ni tadi. Dia mahu memberitahu sendiri tentang keputusannya. Dia sudah menandatangani perjanjian baharu dengan Paris Saint Germain. Ianya sekarang merupakan perjanjian yang sudah dimuktamadkan 100%.”

Sehari sebelum itu, ibu Kylian Mbappe, mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrid dan PSG. Di mana dia berpuas hati dengan tawaran daripada kedua dua kelab.

Ibunya menyerahkan kepada anaknya untuk menentukan sama ada mahu terus kekal di PSG ataupun Real Madrid.

Mbappe U turn ke PSG

Mbappe sebelum ini dikatakan sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrif dan menolak tawaran PSG. Real Madrid malah menawarkan bonus tandatangan bernilai €100 juta.

Namun keadaannya tiba-tiba berubah apabila PSG mengemukakan tawaran baru yang dianggap sangat gila. Di mana bukan sahaja PSG menawarkan pakej gaji sama dengan yang ditawarkan Real Madrid, tetapi memberi kuasa ala pemilik kepada Kylian Mbappe.

Di mana pemain itu memiliki kuasa dalam menentukan siapa pengurus dan pemain yang dia mahukan. Ini bermakna Mbappe akan bersama dengan lembaga pengarah dalam membincangkan aspek pengurus dan pemain.

Ini telah membuatkan Mbappe dikatakan lebih cenderung ke arah PSG dalam keputusannya.

Paling penting PSG akhirnya sepakat telah menjadikan Mbappe teras baharu projek sukan mereka. Menggantikan Neymar. Sebelum ini Neymar dianggap sebagai teras atau bintang utama projek mereka.

Beberapa minggu sebelum itu, Gazetta Dello Sports melaporkan bahawa PSG telah menjadikan Mbappe pemain dengan gaji tertinggi di dunia.

Ibu Mbappe, Fayza berkata: “Kami mencapai kesepakatan dengan Real Madrid dan PSG. Kini terserah kepada Kylian untuk menentukan keputusan akhir.”

Fayza turut mengesahkan bahawa tawaran daripada PSG dan Real Madrid adalah hampir sama.

Maka Mbappe akan menentukan sendiri ke mana hala tuju kariernya selepas ini.

Mbappe menjadi prospek hangat di jendela perpindahan. Kerana dia boleh pergi secara percuma pada akhir musim ini.

Tetapi PSG dari dulu lagi menegaskan bahawa mereka tidak mahu melepaskan pemain itu.

Malah mereka setuju memberikan Mbappe peranan lebih besar di dalam kelab mereka pada masa akan datang.

Mbappe merupakan pemain antarabangsa Perancis yang sudah membantu negaranya memenangi Piala Dunia. Dia ditandatangani PSG dari AS Monaco dengan perjanjian pinjaman dengan klausa pembelian tetap EUR180 juta.

PSG membayar keseluruhan pakej EUR300 juta bonus tandatangan kontrak kepada Mbappe. PSG sebelum ini pernah mambayar EUR212 juta untuk mendapatkan Neymar dari Barcelona.

Mbappe kemudian menjadi sebab kenapa Leonardo dipecat daripada jawatan Pengarah Sukan dan kemudian Pochettino dibuang daripada jawatan pengurus. Ini kerana Mbappe tidak menggemari kepimpinan kedua dua individu itu. PSG dilaporkan berjanji akan mencari pengurus sesuai kehendak Mbappe, ketika mereka meyakinkan pemain itu bahawa dia adalah teras utama projek sukan di PSG.

Tetapi ketika ini Mbappe tak gembira dengan apa yang berlaku di PSG. Di mana ada beberapa pemain yang masih tidak menghormatinya sebagai bintang utama skuad itu. Ada ramai pemain malah menganggap Messi sebagai bintang utama berbanding Mbappe.

Terbaru Mbappe tidak berpuas hati dengan Neymar yang tidak mahu memberikannya penalti.

Selain itu dia turut menunjukkan kekecewaannya ketika tidak diberikan bola di atas padang dan dia merajuk lalu berhenti berlari.

Dalam insiden perebutan penalti pula, Mbappe meminta penalti kedua daripada Neymar selepas dia gagal melakukan yang pertama.

Neymar enggan memberikannya. Neymar dan Mbappe kemudian bergaduh di bilik persalinan sehingga memaksa Ramos campur tangan untuk meleraikan mereka.

Marcelo Bechler berkata: “Mbappe memang tak begitu gembira ketika ini. Dia cuma menagih janji daripada pasukan PSG yang berjanji akan bermain mengikut kehendaknya.”

“Dia mengharapkan pasukannya melayannya sebagai bintang [termasuk memberikan bola lebih kerap kepadanya] di atas padang. Namun Mbappe berasa dirinya dipulaukan daripada yang lain dan tidak diendahkan pemain pemain lain. Dia mahu menjadi bintang.”

Perbalahan Mbappe dan Neymar sudah berlaku sejak musim lalu lagi. Di mana ketika itu Mbappe terkejut dengan PSG yang menawarkan kontrak lanjutan kepada Neymar yang menurutnya ada masalah disiplin dan perlu dijual.

Mbappe ketika itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya dengan PSG. Namun selepas dipujuk dan diberikan kuasa ala pemilik dia akhirnya setuju.

Mbappe kemudian meminta kelab menjual Neymar. Tetapi PSG memutuskan untuk tidak melakukannya kerana memikirkan Messi. Ini kerana Neymar sangat rapat dengan Messi yang baru kehilangan rakan baiknya Di Maria.

Selain itu, kelab tidak mendapat tawaran untuk Neymar yang enggan dikurangkan gajinya. Neymar mahu terus kekal di PSG.

Mbappe kemudian menghormati keputusan kelab untuk mengekalkan Neymar. Namun sehari selepas insiden penalti itu, dia kembali meminta kelab menjual Neymar.

 

Baca yang lain