Mbappe Kini Kapten Perancis Yang Baru!

Bintang berusia 24 tahun Perancis, Kylian Mbappe kini merupakan kapten Perancis yang baharu.

Mbappe mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Hugo Lloris yang mengumumkan persaraan antarabangsanya beberapa bulan lalu.

Pengurus Perancis, Didier Deschamps percaya dengan bakat dan kebolehan Mbappe menjadi pemimpin kepada pasukan.

Pada usianya yang sangat muda, Mbappe sudah menjadi nadi utama negaranya sejak usia remaja.

Pada usianya 19 tahun dia sudah menjadi pemain utama yang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.

Pada Piala Dunia 2022, dia membantu Perancis menjadi naib juara Piala Dunia. Menjadi penjaring terbanyak pertandingan yang dilangsungkan di Qatar.

Mbappe turut mencetak hatrik dalam perlawanan akhir. Aksi yang disifatkan oleh Messi sebagai luar biasa.

Mbappe merupakan pemain penting dalam projek PSG. Dan dianggap antara pemimpin dalam kelabnya.

Kini dia akan menjadi pemimpin dalam pasukan kebangsaan yang dianggap ikonik iaitu Perancis.

Mbappe akan dibantu oleh Antoine Griezmann yang dilantik menjadi timbalan kapten di dalam pasukan Perancis.

Setakat ini Mbappe sudah beraksi dalam 66 kaps untuk Perancis dan mencetak 36 gol sepanjang proses tersebut.

Mbappe pemain yang berjiwa besar dan sangat berbakat pada generasinya.

Dia pernah menjadi rebutan banyak kelab besar lain termasuk Real Madrid, sebelum dia memutuskan untuk terus kekal di PSG.

Di dalam skuad kebangsaan Perancis, Deschamps sentiasa meletakkan kepercayaan tinggi ke atas pemain itu.

Kini Mbappe menjadi antara kapten termuda dalam sejarah Les Bleus.