Mbappe Mahu Terus Kekal, Namun Mahu Peranan Sama Seperti Messi & Neymar

Kylian Mbappe mahukan peranan yang sama dengan Messi dan Neymar.

Selain itu, Mbappe telah menjawab laporan tentang keinginannya untuk meninggalkan PSG seawal Januari tahun hadapan.

Pemain muda harapan bangsa Perancis itu menyatakan bahawa dia tidak pernah meminta secara rasmi kepada kelab untuk dijual atau dilepaskan pada Januari ini.

Mbappe kemudian menyatakan dia sangat seronok di PSG. Terutama sekali dia menjadi teras kepada projek sukan di kelab tersebut.

Namun begitu, The Athletic melaporkan bahawa Mbappe masih berkeras agar dia diberikan peranan seperti Messi dan Neymar.

Mbappe merujuk kepada peranan yang lebih bebas di atas padang berbanding dengan peranan sebagai penyerang tengah / CF atau no.9.

Mbappe sebelum ini 2 kali mengkritik Galtier tentang peranannya sebagai no.9.

Mbappe mahu peranan yang sama dengan Messi dan Neymar

Pertamanya dia membandingkan peranannya di PSG dengan di Perancis.

Keduanya menerusi siaran IG miliknya yang kemudian dipadam. Menyindir bahawa dia tidak mahu bermain sebagai no.9 dan mahukan no.9 seperti Giroud bermain untuk PSG.

Galtier sudah memberitahu bahawa kelab komited dengan projek berasaskan Mbappe dan menegaskan bahawa kelab sedang mencari no.9 yang paling sesuai digandingkan dengan Mbappe.

Namun buat masa ini agak sukar untuk mereka mendapatkan pemain no.9 yang benar benar menepati kaliber yang dimahukan.

Mbappe baru sahaja diiktiraf sebagai pemain keenam terbaik di dunia dalam malam Ballon d’Or baru baru ini.

Dia pernah berkata, impiannya adalah untuk memenangi Ballon d’Or pada suatu hari nanti.

Dan Mbappe tidak mahu peranan yang dia mainkan di PSG ketika ini menjadi penghalang impiannya.

Baca yang lain