Kylian Mbappe mengesahkan sendiri bahawa Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi menghalangnya untuk bermain hanya kerana dia tak mahu menganjutkan kontrak sekurang-kurangnya setahun lagi sehingga 2025.
Mbappe pada pra musim 2023/24 telah memberitahu PSG bahawa dia tak akan mengaktifkan klausa pilihan setahun lagi di PSG.
Ianya membuatkan Nasser Al Khelaifi sangat marah. Dia mengarahkan agar Mbappe dibekukan daripada skuad.
Khelaifi malah menyatakan bahawa pemain itu hanya ada dua pilihan iaitu dia melanjutkan kontrak atau dia dijual. Mbappe yang tidak mahu berpindah ke kelab Arab Saudi pada masa itu membuatkan Nasser Al Khelaifi lagilah marah.
Dia malah mengarahkan Luis Enrique agar tidak menurunkan pemain itu selagi lagi dia tidak melanjutkan kontraknya bersama PSG.
Tindakan itu benar benar mengecewakan Mbappe. Luis Enrique dalam sidang medianya berkata pada masa itu dia tidak masuk campur isu Mbappe dan presiden kelab.
Namun sebagai pengurus dia mahu menggunakan pemain terbaik kelab untuk mencapai matlamat pasukan. Enrique malah berharap kemelut antara Mbappe dan Khelaifi segera diselesaikan.
Tidak lama selepas itu kedua dua pihak berdamai dengan Khelaifi yakin Mbappe akan melanjutkan kontraknya.
“Mbappe tidak akan pergi secara percuma, itu sama sekali tak akan berlaku, sesuai dengan janjinya kepada saya,” tegas Al Khelaifi.
Yang pasti Mbappe tidak mahu melanjutkan sebarang kontrak walaupun PSG berjanji sedia menjualn dia ke Real Madrid segera pada musim hadapan.
Kini Mbappe sudah pun rasmi meninggalkan PSG secara percuma. Dia masih kecewa dengan cara Nasser Al Khelaifi cuba menghalangnya daripada bermain hanya kerana dia tak mahu melanjutkan kontraknya.
Namun Luis Enrique dan pengarah sukan kelab, Luis Ocampos menjadi penyelamat kepada Mbappe yang kemudian berjaya mendapatkan tempat semula dalam pasukan.
Enrique sentiasa tegas mahu menjadikan Mbappe pemain utamanya musim 2023/24. Kemudian Lucas Ocampos menasihati Nasser Al Khelaifi dan pengurusan tertinggi PSG yang lain agar lebih bertenang dalam perkara itu.
Ini kerana mereka boleh berdepan dengan masalah lain jika menghalang pemain bermain hanya kerana dia tak mahu melanjutkan kontrak.
Mbappe berkata: “PSG cakap depan depan muka saya bahawa mereka tak mahu saya bermain musim lalu. Mujur ada Luis Enrique dan Lucas Ocampos yang menyelamatkan saya.”
Maka tidak hairanlah Mbappe tidak menyebut langsung nama Nasser Al Khelaifi dalam ucapan perpisahannya kepada kelab itu.
Perkara yang membuatkan Nasser benar benar marah dan bergaduh dengan Mbappe di bilik persalinan.