‘Mbappe Minta Jersi Saya’

Lamine Yamal menjadi bakat muda paling menonjol dalam Euro 2024 kali ini. Selain sudah ada 3 assist padanya, dia juga menjaringkan gol cantik ketika menentang Perancis di separuh akhir.

Lamine Yamal berusia 17 tahun pada hari ini, namun sudah digelar sebagai pemain berkelas dunia.

Jika dia berjaya menjulang Euro pada Ahad ini, ianya akan menjadi hadiah bermakna sempena harijadinya.

Lamine Yamal juga mendedahkan bahawa ada dua bintang yang meminta jersinya untuk bertukar. Pertamanya ialah Kylian Mbappe. Dan seorang lagi ialah Federico Chiesa.

“Mbappe meminta jersi saya. Dan kitman Perancis datang mewakilinya untuk datang kepada saya dan meminta jersi saya. Dan Chiesa juga, selepas perlawanan menentang Itali.

“Jika Mbappe adalah orang yang meminta jersi saya, memang saya tiada masalah langsung nak berikannya. Saya pun tak tahu ada berapa banyak jersi yang saya ada.”

Lamine Yamal mulai dibandingkan dengan Lionel Messi. Namun pemain itu kekal merendah diri tidak mahu dibandingkan dengan legenda sejati Barca dan Argentina itu.

“Saya hanya mencuba menjadi seorang Lamine. Saya nak orang kenal saya sebagai diri saya. Kerana akhirnya, perbandingan dengan pemain terbaik dalam sejarah adalah sesuatu yang tidak akan membantu kamu. Kerana saya tak akan pernah menjadi seperti Messi.

“Saya cuba menjadi diri saya sendiri, agar orang kenal saya sebagai Lamine Yamal dan itu sahaja,” tegas pemain tersebut lagi.

Lamine Yamal akan menjadi bintang penting Sepanyol dalam aksi menentang England. Sudah tentunya England tidak boleh memberikannya banyak ruang di atas padang. Kerana dia pemain yang lincah dan kreatif.