Dalam aksi menentang AS Monaco awal pagi tadi waktu Malaysia, Kylian Mbappe memakai jersi khas dengan logo S1.
Ianya adalah peraturan baharu dalam Ligue 1. Di mana penjaring terbanyak semasa akan diberikan jersi khas itu dan akan memakainya pada hari perlawanan.
Mbappe sebelum perlawanan sudah menjaringkan 13 gol. Dan dia menambah 1 lagi ketika menentang kelab lamanya itu dalam kemeangan 5-2 PSG ke atas Monaco.
🚨 OFFICIEL ! Le meilleur buteur de Ligue 1 portera dès aujourd'hui un maillot spécial floqué d’un badge « S1 » lors de chaque rencontre ! 🏅🇫🇷
Kylian Mbappé portera ce maillot inédit dès ce soir à l’occasion de PSG-Monaco ! 🌟 pic.twitter.com/xb0SPM7bkD
— Actu Foot (@ActuFoot_) November 24, 2023
Pada ketika ini Mbappe yang sudah menjaringkan 14 gol sedang mendahului Akor Adams (7 gol). Dan nampaknya dia akan mengekalkan jersi itu untuk beberapa minggu lagi.
Mbappe menjadi penggempur utama PSG dalam misi mereka mempertahankan Ligue 1 dan dalam pada masa yang sama memburu kejuaraan UCL.
Musim ini juga mungkin akan menjadi musim terakhir Mbappe di Ligue 1 bersama PSG. Masa depan pemain itu masih tidak diputuskan lagi. Walaupun dia sudah menyatakan dia akan memberikan yang terbaik pada musim terakhir kontraknya di PSG.
Sebelum ini terdapat laporan menyatakan, jika Mbappe meninggalkan PSG tanpa mengaktifkan klausa lanjutan setahun khas yang merupakan satu pilihan – maka pemain itu tidak akan menuntut bonus kesetiaan €80 juta yang kelab itu masih berhutang dengannya.
Sepatutnya ia dibayar sebaik sahaja jendela perpindahan musim panas 2023/24 berakhir.
Berlaku sedikit ketegangan antara Mbappe dan PSG ketika itu dan akhirnya sudah diselesaikan.