Kylian Mbappe kini rasminya menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah PSG pada usianya baru 24 tahun.
Gol lewat perlawanan Mbappe dalam aksi PSG menentang Nantes telah membolehkannya meminta Edinson Cavani dengan 201 gol.
🚨⭐️ Kylian Mbappé becomes PSG all time goalscorer: 201 goals, surpassing Edinson Cavani.
Mbappé, 24 years old making history as Paris Saint-Germain player. pic.twitter.com/z38l6xTQuw
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 4, 2023
Selepas tamat perlawanan, Mbappe berkata: “Saya bermain bola sepak untuk mengukir sejarah. Saya sentiasa katakannya sebelum ini, saya mahu mengukir sejarah untuk Perancis, di bandar ini, di kota saya ini [Paris].”
“Saya sedang melaksanakannya, ianya indah, namun perjalanan masih panjang. Ianya pencapaian peribadi. Saya juga datang untuk pencapaian berpasukan.”
Sebelum ini Mbappe menyatakan, alasan utama dia terus kekal di PSG kerana mahu membantu kelab dari bandarnya itu menjadi kelab terbaik di Eropah termasuk menjuarai UCL.
Dia juga bertekad mahu memecahkan seberapa banyak rekod yang ada di kelab itu untuk menjadi yang terbaik sepanjang zaman dalam sejarah kelab.
Pada usianya baru 24 tahun, bintang Perancis itu sudah menjadi juara dunia. Dia juga sudah memenangi kasut emas Piala Dunia.
4 kali menjadi penjaring terbanyak Ligue 1 dan 5 kali sudah menjadi juara Ligue 1 bersama Monaco dan PSG.
Kylian Mbappe's resume:
🏆 World Cup winner
🏆 World Cup Best Young Player
🏆 World Cup Golden Boot
🏆 UEFA Nation's League winner
🏆 3x Coupe de France winner
🏆 5x Ligue 1 winner
🏆 4x Ligue 1 Golden Boot
🏆 PSG's all-time top goalscorerOn top of the world at only 24 🤩 pic.twitter.com/MO8foEzbX7
— ESPN FC (@ESPNFC) March 4, 2023
Mbappe sebelum ini turut tidak berselindung tentang hasratnya mahu memenangi Ballon d’Or. Menurutnya, pada usianya hari ini, dia sudah tiba pada satu fasa dia mahu memikirkan soal memenangi Ballon d’Or.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini dia seringkali menjadi pencabar utama dalam Ballon d’Or dan FIFA Best, namun masih belum pernah memenanginya.