Mbappe Perlekeh PSG Sebagai Kelab Yang Tak Membantunya Menang Ballon D’Or

Kylian Mbappe tidak berselindung tentang kemahuannya untuk memenangi Ballon d’Or.

Sebelum ini Mbappe terbuka menyatakan bahawa pada usianya yang ada, dia sudah mulai mengejar penghargaan pemain terbaik dunia, sama ada FIFA Best atau Ballon d’Or.

Pemain itu ketika itu diletakkan antara pilihan untuk memenangi Ballon d’Or. Namun tewas di tangan Karim Benzema.

Bercakap tentang peluangnya untuk memenangi Ballon d’Or, Mbappe berpendapat, selagi lagi dia tak keluar dari PSG, selagi itu peluangnya sukar.

Mbappe sedar ada ramai pihak memandang rendah prestasinya. Namun dia tidak marah, kerana dia pun turut pernah memandang rendah apa yang dilakukan Messi dan Ronaldo.

Dia turut menjadikan Messi dan Ronaldo sebagai contoh pemain yang kental berada dalam kritikan orang ramai.

“Adakah orang memperlekehkan prestasi saya? Ya! Pada masa yang saya saya tak boleh marah mereka.”

“Dan saya sendiri pernah memandang rendah apa yang Lionel Messi lakukan, apa yang Cristiano Ronaldo lakukan, apa yang pemain hebat buat.”

“Kita hidup dalam masyarakat konsumerisme, di mana ia berteraskan, ‘Itu bagus, namun lakukannya lagi’.”

Selain itu Mbappe membandingkan PSG dengan kelab kelab lain seperti Real Madrid dan Barcelona. Di mana kelab kelab itu benar benar menyokong kuat bintang utama mereka. Berbeza dengan PSG yang tidak ada kesatuan.

“Saya rasa PSG tidak banyak membantu saya, kerana PSG adalah pasukan yang berpecah belah, mereka kelab yang berpecah belah.”

Kylian Mbappe sebelum ini sudah mengesahkan dia tak akan melanjutkan kontraknya dengan PSG apabila tamat 2024 ini.

Dia berkata: “Surat itu hanyalah formaliti mengingatkan bahawa kontrak wajib saya tamat 2024. Kekal sehingga 2025 tidak pernah ada dalam perancangan saya.”

PSG sudah memberitahu Mbappe pemain itu perlu melanjutkan kontrak atau dia harus dijual.

Mbappe diberikan sehingga pertengahan Julai untuk berbuat demikian.

Jika tidak, PSG akan kehilangan pemain itu secara percuma musim hadapan. Ianya perkara yang PSG tidak mahu selepas membayar £180 juta kepada Monaco untuk membeli Mbappe beberapa tahun lalu.