Mbappe Sedia Makan Gaji Buta

Kylian Mbappe sudah memberitahu pendiriannya kepada PSG. Di mana pemain itu kekal untuk tidak mahu melanjutkan kontrak dengan kelab itu atau dijual ke kelab lain.

Walaupun Emir Qatar sudah menghantar arahan agar Mbappe tidak boleh bermain walaupun seminit jika tidak melanjutkan kontrak, pemain itu tidak goyang langsung.

Dia malah menyatakan dia sedia makan gaji buta di PSG dan menjadi ejen bebas apabila musim berakhir.

Pada masa yang sama, Mbappe sudah memberitahu PSG dia sentiasa bersedia untuk beraksi apabila diperlukan dan berjanji akan memberikan aksi terbaiknya.

Tindakan Mbappe yang sedia untuk duduk di seat recaro itu dilaporkan kurang menyenangkan kem kejurulatihan Perancis.

Kerana mereka mahukan pemain itu berada pada tahap kecergasan dan stamina  tertinggi. Untuk membantunya kekal tajam di atas padang.

Hal ini kerana dia akan menjadi ketua pasukan negaranya untuk aksi kempen Euro 2024 akan datang.

Bagaimanapun buat masa ini Didier Deschamps tidak memberikan sebarang kenyataan sama ada dia akan menyisihkan Mbappe jika pemain itu tidak bermain langsung di peringkat kelab sepanjang musim 2023/24.

PSG sebelum ini memberikan tempoh sehingga 15 Julai untuk Mbappe melanjutkan kontrak atau dia dijual serta merta.

Mbappe malah pergi bercuti ke Ghana untuk healing sampai pagi tabalek balek.

Kemudian PSG memberikan tarikh 31 Julai pula. Yang merupakan tarikh akhir dia melanjutkan kontrak lanjutan setahun secara sepihak jika dia mahu berdasarkan kontrak 2 tahun + 1 tahun opsyen khas sebelum ini.

Malangnya Mbappe tidak berbuat apa apa. Dia kemudian hilang hak untuk melanjutkan k0ntrak itu berdasarkan syarat lama pada 1 Ogos.

Namun pada 1 Ogos dia berhak menerima wang bonus kesetiaan €60 juta daripada kelab.

Al Hilal dilaporkan sedia membayar €300 juta untuk membeli Mbappe dengan tawaran gaji €300 juta semusim. Kelab itu setuju dengan kontrak hanya semusim dan Mbappe dibenarkan pergi secara percuma pada musim akan datang.

Mbappe lebih rela kekal di PSG dan duduk di bangku simpanan sambil makan gaji buta. Jika kelab tidak mahu menurunkannya beraksi.

PSG membuat aduan kepada FIFA bahawa Real Madrid punca mereka sukar menjual Mbappe.

Sebenarnya, Mbappe tidak melakukan apa apa kesalahan. Pemain berhak untuk tidak melanjutkan kontrak jika mereka tak mahu.

Dan Mbappe berhak kekal di kelab selagi dia ada kontrak.

Mbappe diarahkan berlatih bilik asing asing daripada pemain lain pada ketika ini.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah