Mbappe: “Senang Je Kalau Nak Ke Real Madrid, Namun Saya Anak Jati Paris”

Kylian Mbappe akhirnya bersuara tentang kenapa dia memilih terus kekal di PSG.

Seperti yang diketahui umum sebelum ini Mbappe pernah hampir menyertai Real Madrid. Dia sudah membuat kesepakatan verbal, namun pada saat akhir dia menukar keputusan dan membuat pusingan U ke PSG.

Mbappe pilih PSG berbanding Madrid

Malah ibunya sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrid dan PSG pada masa itu.

Mbappe sebelum itu dikatakan sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrid dan menolak tawaran PSG. Real Madrid malah menawarkan bonus tandatangan bernilai €100 juta.

Namun keadaannya tiba-tiba berubah apabila PSG mengemukakan tawaran baru yang dianggap sangat gila.

Di mana bukan sahaja PSG menawarkan pakej gaji sama dengan yang ditawarkan Real Madrid, tetapi memberi kuasa ala pemilik kepada Kylian Mbappe.

Di mana pemain itu memiliki kuasa dalam menentukan siapa pengurus dan pemain yang dia mahukan. Ini bermakna Mbappe akan bersama dengan lembaga pengarah dalam membincangkan aspek pengurus dan pemain.

Ini telah membuatkan Mbappe dikatakan lebih cenderung ke arah PSG dalam keputusannya.

Seterusnya, Gazetta Dello Sports melaporkan bahawa PSG sedia menjadikan Mbappe pemain dengan gaji tertinggi di dunia.

Ibu Mbappe, Fayza berkata: “Kami mencapai kesepakatan dengan Real Madrid dan PSG. Kini terserah kepada Kylian untuk menentukan keputusan akhir.”

Fayza turut mengesahkan bahawa tawaran daripada PSG dan Real Madrid adalah hampir sama.

Maka Mbappe akan menentukan sendiri ke mana hala tuju kariernya selepas ini.

Selepas beberapa minggu berteka teki, akhirnya pemain itu memilih PSG.

Kylian Mbappe menandatangani kontrak baharu sehingga 2025. Dalam perjanjian semasa, Mbappe tertakluk kepada kontrak sehingga 2024 sebagai mutlak dan setahun lagi (sehingga 2025) adalah pilihan untuk dilanjutkan.

Menariknya kontrak lanjutan khas itu boleh diaktifkan sebelah pihak sahaja iaitu Mbappe.

Ianya sebahagian daripada syarat khas diberikan PSG kepada Mbappe dalam usaha mereka menghalang pemain itu ke Real Madrid sebelum ini.

La Parisien turut melaporkan bahawa kontrak Mbappe meningkat mendadak berbanding gaji sebelum ini. Pada syarat semasa gaji Mbappe adalah €6 juta sebulan, meningkat 3 kali ganda daripada sebelum ini.

Mbappe: Mudah je nak ke Real Madrid

Mbappe kemudian menyatakan bahawa ianya pilihan yang sangat mudah untuknya, kalau dia mahu ke Real Madrid. Kelab yang sangat besar.

Namun atas dasar semangat anak jati Paris, maka dia memilih PSG dan mahu bersama sama PSG mencapai impian mereka.

Malah Nasser Al Khelaifi sebelum ini pernah berkata bahawa, Mbappe mahu kekal di PSG kerana yakin dengan projek dan cita cita kelab itu.

Khelaifi menafikan Mbappe kekal kerana wang.

“Jika dia mahu wang yang banyak dia akan ke Real Madrid,” kata Nasser Al Khelaifi.

Seterusnya, Mbappe menegaskan bahawa dia ada sentimen anak jati dalam dirinya. Mahu berjaya bersama kelab Perancis dan kelab yang berpangkalan di bandar Paris.

Mbappe berkata kepada wartawan: “Di sini, di Paris, buku di sini benar benar putih [kosong],” kata Mbappe merujuk kepada kelab itu yang masih jauh di belakang berbanding Real Madrid dari segi catatan sejarah pencapaian kelab.

“Ianya adalah peluang terbaik [untuk mengukir sejarah bersama kelab].”

“Ianya pilihan yang sangat mudah untuk pergi ke Madrid, namun saya ada cita cita ini.”

“Saya seorang berbangsa Perancis, saya adalah anak jati Paris dan memenangi trofi di Paris adalah sesuatu yang sangat istimewa.”

Antara cita cita PSG dan Mbappe pastinya Liga Juara Juara Eropah. Piala yang belum pernah dimenangi mereka dalam sejarah panjang kelab itu.

Mbappe dan rakan rakannya berpeluang sekali lagi untuk menamatkan penantian tersebut.

PSG mara ke pusingan 16 akhir dan sudah pun disahkan menentang Bayern Munich.

Selain daripada Mbappe, prestasi Messi dan Neymar yang berada di tahap terbaik mereka juga dilihat mampu membantu kelab menamatkan penantian tersebut.

Baca yang lain