Felipe Melo telah melabel Mbappe sebagai seorang yang dungu. Ini selepas pemain itu menghina bola sepak Amerika Selatan menjelang aksi Piala Dunia 2022 yang lalu.
Kylian Mbappe sekali lagi menjadi subjek panas dalam bola sepak. Ketika itu dia mewakili suara UEFA pula, memuji kualiti bola sepak Eropah berbanding dengan Amerika Selatan.
Mbappe mencetuskan perdebatan dengan mendakwa bola sepak Eropah berada jauh berada di hadapan Amerika Selatan yang agak mundur. Pemain Perancis itu menambah bahawa bola sepak tidak maju di sana, dan akibatnya, Brazil dan Argentina tidak bermain bola sepak berkualiti tinggi.
Mbappe juga mendakwa bahawa, pasukan pasukan Eropah jauh lebih bersedia untuk bertanding di Piala Dunia berbanding dengan negara negara dari Amerika Selatan. Mbappe memberikan amaran bahawa, negara negara Amerika Selatan tidak ada kemampuan yang lebih baik berbanding negara negara Eropah untuk memenangi Piala Dunia.
Hal ini kerana menurut Mbappe, UEFA telah membantu meningkatkan kualiti bola sepak di benua tersebut. Ianya dengan mewujudkan banyak program termasuk penganjuran pertandingan seperti Liga Negara Negara Eropah dalam kalendar mereka selain daripada acara 4 tahun sekali, Euro.
Dia turut memetik nama dua buah pasukan terkuat dari Amerika Selatan iaitu Brazil dan Argentina sebagai pasukan yang tidak terdedah denga bola sepak tahap tertinggi di kelayakan.
Mbappe menambah: “Liga Negara-Negara UEFA adalah contoh perkara itu. Kami akan bersedia sepenuhnya untuk Piala Dunia. Argentina dan Brazil tidak bermain di peringkat tertinggi untuk ke Piala Dunia. Bola sepak tidak semaju di Eropah.”
“Dan ia kita boleh tengok sendiri apabila anda menonton Piala Dunia yang lalu.”
“Kelebihan kami pasukan eropah menjadi pasukan pilihan kerana kami memiliki perlawanan di mana kami sering berlawan antara satu sama lain dalam perlawanan berkualiti tinggi. Argentina dan Brazil tidak pertandingan tahap tertinggi seperti itu di Amerika Selatam.”
“Bola sepak di Amerika Selatan tidak dibangunkan sebagus Eropah. Sebab itu itu dalam beberapa edisi Piala Dunia terakhir, juaranya adalah pasukan pasukan Eropah.”
Mbappe speaks on the difference between South American and European football 👀 pic.twitter.com/BGbQZ6MLHx
— ESPN FC (@ESPNFC) May 24, 2022
Mungkin prestasi negara negara Eropah lebih baik dalam beberapa edisi Piala Dunia sebelum ini membuatkan Mbappe merasakan bahawa bola sepak di sana sudah jauh mundur. Mbappe merujuk kepada sejak 2006, Piala Dunia dimenangi oleh pasukan Eropah. Brazil adalah pasukan Amerika Selatan terakhir memenagi Piala Dunia pada 2002.
2006 dimenangi Itali, 2010 dimenangi Sepanyol, 2014 dimenangi Jerman dan 2018 dimenangi Mbappe dan rakan rakannya bersama Perancis.
Fabinho tak setuju
Tidak lama selepas itu, Fabinho kemudian telah membalas kenyataan Kylian Mbappe yang memperlekeh kualiti bola sepak Amerika Selatan.
Pemain Brazil itu tak setuju dengan kenyataan Mbappe kerana menurut beliau kelayakan zon Amerika Selatan adalah sangat sukar berbanding dengan kelayakan dalam format eropah.
Fabinho malah mempertahankan kualiti pasukan negaranya serta Argentina. Dan mendakwa negaranya, Brazil dan Argentina akan menamatkan saingan di tempat teratas kumpulan masing-masing jika mereka beraksi dalam perlawanan kelayakan di zon Eropah.
Fabinho menjawab Kylian Mbappe: “Ia berbeza, ia bukan mudah. Kami perlu bermain di tempat seperti Bolivia, saya tidak tahu sama ada Perancis pernah bermain di sana. Saya percaya Brazil dan Argentina akan menamatkan saingan di tempat pertama dalam kumpulan dalam kelayakan Eropah .”
"JUGAR EN SUDAMÉRICA NO ES FÁCIL". Fabinho respondió los dichos de Mbappé y aseguró que Argentina y Brasil llegarán al Mundial como favoritos. pic.twitter.com/W1VB4AhnuJ
— SportsCenter (@SC_ESPN) May 25, 2022
Bolivia merupakan antara ‘neraka’ untuk dikunjungi. Kedudukan yang sangat tinggi dari paras laut membuatkan pemain seperti Lionel Messi pernah termuntah ketika bermain di sana.
Para pemain malah dibekalkan dengan bantuan oksigen risau mereka akan mengalami masalah pernafasan.
Selain itu, format kelayakan zon Amerika Selatan adalah sangat sukar kerana ianya satu liga yang panjang melibatkan banyak pasukan yang dianggap memiliki kualiti untuk ke Piala Dunia jika mereka beraksi di zon kelayakan lain.
Felipe Melo puas hati tengok Mbappe merana
Akhirnya kesombongan Mbappe memakan diri. Apabila Perancis tewas juga di tangan pasukan Amerika Selatan di final. Menyaksikan Argentina menjulang Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis pada penentuan sepakan penalti.
Felipe Melo baru baru ini mengungkit kembali apa yang dikatakan Mbappe tentang bola sepak di Amerika Selatan.
“Kylian Mbappe seorang dungu. Dia menjaringkan 3 gol di final Piala Dunia, tetapi tak menang juga, akhirnya Argentina yang menjadi juara. Dia tidak berhak nak bercakap benda benda sampah tentang bola sepak Amerika Selatan. Saya yakin dia akan memenangi 3 atau 4 Ballon d’Or selepas ini. Namun dia tak perlu banyak cakap.”
“Mereka kelab di Eropah pun kemaruk datang ke Amerika Selatan mencari pemain pemain berkualiti bukannya pergi ke Perancis.”
🗣 Felipe Melo: "Mbappe is a fool. He scored three goals in the final, ok, but Argentina became champion and Messi the best in the world. He still has a lot to learn, he can't talk about South American football." Via @TNTSportsBR. 🇫🇷🇧🇷🇦🇷 pic.twitter.com/OGMmwgOYUF
— Roy Nemer (@RoyNemer) November 9, 2023