Mbappe Setuju Pochettino Kekal Di PSG, Dan Mahu Pep Guardiola Masuk 2023

Sebelum ini Kylian Mbappe mencadangkan nama Zinedine Zidane kepada pengurusan tertinggi PSG.

Ini kerana pemain itu meminati Zidane dan rekod Zidane sebagai pengurus yang cemerlang di UCL.

Namun Zinedine Zidane tidak akan ke PSG sekiranya Mauricio Pochettino meninggalkan kelab itu selepas tamat musim ini.

Zidane tak mahu jadi boneka

Nama Zidane menjadi bualan apabila Kylian Mbappe dikatakan mencadangkan nama pengurus asal Perancis itu untuk mengisi tempat Pochettino.

Mbappe menjadi teras kepada projek baru PSG dalam usaha pasukan itu mahu menjadi juara UCL pada masa akan datang.

PSG sebelum ini sudah memecat Leonardo selepas tamat musim Ligue 1 hanya sehari selepas Mbappe menandatangani kontrak baharu. Mbappe tidak sehaluan dengan Leonardo.

Mbappe dikatakan membuat u turn menolak tawaran Madrid untuk PSG kerana kelab berjanji akan memecat Leonardo.

Zidane dirasakan sebagai individu paling tepat dalam memacu projek UCL di PSG kerana rekodnya bersama dengan Real Madrid. Zidane merupakan salah seorang pengurus paling berjaya dalam sejarah Liga Juara Juara Eropah.

Projek PSG di bawah pemilikan Qatar setakat ini sudah membelanjakan wang yang sangat banyak. Namun masih dianggap belum berjaya kerana tiada UCL dalam kabinet mereka.

PSG yang memberikan kuasa pemilik kepada Mbappe, hanya akan mendapatkan pengurus dan pemain yang disukai Mbappe.

Ini untuk menunjukkan kepada Mbappe bahawa mereka benar benar serius menjadikan pemain itu individu paling penting dalam projek mereka.

Selain daripada cuba memastikan Mbappe kerana gembira dan selesa dengan persekitaran kelab tersebut .

PSG sedia menawarkan Zidane kontrak €25 juta untuk menjadikannya sebagai pengurus paling tinggi bayaran di dunia. Namun begitu Zidane dikatakan tidak pernah menjadikan wang sebagai motivasi utamanya.

Dia sebelum ini melepaskan kontraknya yang bernilai €24 juta di Real Madrid. Malah setuju untuk kehilangan €6 juta yang masih belum diterima oleh Zidane.

Legenda Perancis itu masih menunggu peluang untuk menguruskan pasukan kebangsaan Perancis. Sekaligus membawa kepada spekulasi bahawa Didier Deschamps akan meninggalkan Perancis selepas kempen Piala Dunia latar 2022.

Selain itu Zidane hanya akan menguruskan kelab yang memberikan dia kuasa penuh dalam rekrut pemain.

Salah satu sebab Zidane meninggalkan Real Madrid adalah kerana campurtangan Perez dalam pengungsian pemain. Ini termasuk dalam situasi Gareth Bale serta penjualan Cristiano Ronaldo.

Polisi di PSG pula, pemilik kelab turut seringkali masuk campur urusan jual beli dan kontrak pemain. Nasser Al Khelaifi sentiasa ada senarai pemain yang dia sendiri mahukan.

Malah campurtangan di PSG lebih teruk daripada di Madrid.

Selain itu Zidane merasakan bahawa Luis Campos yang akan dilantik menjadi Pengarah sukan baharu di PSG akan mengatasi kuasa pengurus dalam rekrut pemain.

Luis Campos merupakan Pengarah Sukan yang diinginkan oleh Mbappe.

Luis Campos menjadi ketua rekrut pemain di As Monaco yang berjaya menemui bakat bernama Kylian Mbappe dan ramai lagi sehingga Monaco menjuarai Ligue 1 pada masa itu dan meraih keuntungan sangat besar daripada penjualan pemain pada musim berikutnya.

Dia kini masih tiada jawatan selepas meninggalkan Lille.

PSG mahukan Guardiola

Selepas memikirkan tentang situasi Guardiola di Manchester City, PSG dikatakan sedia untuk mengekalkan Pochettino untuk musim ini.

L’Equipe melaporkan bahawa PSG yakin mereka akan dapat menarik minat Pep Guardiola untuk menyertai mereka apabila kontraknya tamat di Etihad pada akhir musim 2022/23 ini.

Laporan yang sama menyebut bahawa, Mbappe turut memainkan peranan penting dalam perancangan ini. Suaranya turut didengari dan dia setuju dengan idea agar Pochettino akan terus kekal sementara menunggung Guardiola dibawa masuk pada musim hadapan.

Kontrak semasa Guardiola akan tamat pada akhir musim 2023. Masih belum ada kesepakatan baharu dicapai. Namun beberapa laporan di UK menyebut, Guardiola sudah setuju secara lisan dengan Man City untuk kontrak sehingga 2025.

Ini kerana Guardiola menjadi orang penting dalam membawa Erling Haaland ke Etihad. City yakin pengurus itu akan terus kekal dan memacu projek dengan Erling Haaland.

Buat masa ini Guardiola masih meraikan kejayaan mereka memenangi EPL.

Mbappe sudah lama meminati Guardiola. Dia pernah menyatakan dia menolak Manchester City walaupun dia suka bekerjasama dengan Guardiola. Dia menyatakan perkara itu ketika dia memilih PSG berbanding Man City selepas meningalkan Monaco.