Kylian Mbappe menganggap tindakan Onana yang menyanyikan chant mahu membentes kakinya baru baru ini sebagai banter yang sihat dalam bola sepak.
Ianya adalah perkara yang menjadi perencah kerseronokan dalam bola sepak. Lantas Mbappe meminta peminat Perancis tidak perlu memperbesar besarkan isu yang tidak serius seperti itu.
Jika tiada banter seperti ini, bola sepak menjadi terlalu serius dan tidak seronok menurut Mbappe.
Ini bukan pertama kali nama Mbappe dipetik lawan. Sebelum ini Emi Martinez beberapa kali troll pemain itu. Sehinggakan peminat Mbappe membenci penjaga gol Argentina itu.
Baru baru ini FA Belgium diserang peminat Perancis kerana memuat naik video Amadou Onana dengan pelawab Pablo Andres yang menyanyikan lagu mahu membantai betis Mbappe.
Mbappe akui dia tahu tentang perkara itu menerusi media sosial. Namun dia tiada masalah tentang perkara itu. Malah ketika wartawan bertanya adakah dia sedia bertukar jersi dengan Onana jika pemain itu meminta jersinya selepas wisel penamat. Mbappe tiada masalah.
FA Belgium Minta Ampun Kepada Mbappe Kerana Onana Nak Tibai Betisnya
“Saya suka dengan Belgium, mereka pasukan hebat dengan ramai pemain yang menarik. Generasi baharu juga, dan pasukan mereka sedang dalam pembikinan. Saya gembira bermain menentang mereka selepas ini,” tegas Mbappe.
Ditanya apakah tips untuk menewaskan Perancis, Mbappe berkata: “Cara nak kalahkan kami? Lihatlah betapa bagusnya skuad Belgium, itu pun sudah cukup untuk kalahkan kami. Sebenarnya Belgium tak perlukan sebarang tips untuk kalahkan kami.
Wartawan kemudian bertanya sama ada Mbappe sedia bertukar jersi dengan Onana. Dia berkata: “Dengan siapa tadi?”
Wartawan mengulangi nama Amadou Onana.
Mbappe meneruskan: “Oh saya ada dengar sesuatu tentang dia. Kamu tahu kan, ramai orang bercakap tentang saya. Saya tiada masalah dengan video gurauan itu. Jika Onana mahukan jersi saya selepas tamat perlawanan, boleh je,” tegas Mbappe.