Mbappe Tak Gembira Taktikal ‘Pengecut’ Luis Enrique

Kylian Mbappe dikatakan tidak selesa dengan taktikal Luis Enrique yang dianggap tak berani mengambil risiko atau bahasa kasarnya pengecut untuk terus menyerang.

Dan dikatakan agak sinis kepada pengurus itu agar mengubah pendekatan agar mereka lebih digeruni selepas ini.

Mbappe berasa kecewa dengan Luis Enrique berikutan keputusan seri Paris Saint-Germain menentang Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara.

PSG bangkit daripada ketinggalan untuk memastikan satu mata menentang Dortmund pada hari Selasa. Satu mata penting yang menyelamatkan mereka daripada pulang awal di peringkat kumpulan sahaja setelah beberapa minggu lalu mereka hampir layak awal.

Jaringan Warren Zaire-Emery pada minit ke-56 menyamakan gol pembukaan minit ke-51 Karim Adeyemi.

Mbappe dinafikan gol pada separuh masa pertama apabila Niklas Sule menghasilkan satu hadangan yang luar biasa di atas garisan gol.

Keputusan seri di Jerman menyaksikan gergasi Perancis itu menduduki tempat kedua dalam Kumpulan F di belakang Dortmund, yang mengungguli kumpulan dengan 11 mata.

Ketidakupayaan PSG untuk menewaskan pasukan Edin Terzic tidak menggembirakan Mbappe, yang TIDAK berpuas hati dengan taktik Enrique untuk bertahan ketika dalam keputusan seri. Mbappe menyelar pendekatan selamat itu kerana PSG seharusnya sentiasa mencari kemenangan.

Mbappe turut dikatakan menunjukkan rasa tak puas hatinya ketika Enrique memberikan arahan ketika mereka berada di atas padang. Lihat reaksi dia di sini yang jelas tidak gembira dengan arahan itu.

Dia mahu menjaringkan gol supaya PSG mendahului Kumpulan F dan menurut akhbar Perancis, Le Parisien, pemain berusia 24 tahun itu tidak berlengah daripada meluahkan rasa tidak puas hati kepada jurulatih berikutan keputusan itu.

Lebih-lebih lagi, mengikut Canal Plus melalui GFFN, penyerang itu berlalu pantas melalui zon media dan menaiki bas pasukan, di mana dia duduk bersendirian selama beberapa minit sebelum disertai oleh rakan sepasukannya yang lain.

Keputusan pengurus Sepanyol itu untuk bermain secara konservatif dibuat selepas AC Milan mendahului menentang Newcastle United, yang bermakna kekalahan menentang Dortmund akan menyaksikan mereka terlepas kelayakan Liga Juara-Juara.

Jadi Enrique tidak mahu mengambil risiko itu.

Milan bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Newcastle 2-1 di St. James’ Park ketika untuk meraih tempat dalam Liga Europa

Enrique mengakui bahawa mereka hanya cuba untuk tidak mengambil terlalu banyak risiko.

Bercakap selepas keputusan seri PSG menentang Dortmund, Enrique berkata: “Pada minit ke-85, dengan kemenangan Milan memastikan kelayakan kami, saya memberitahu pemain saya untuk tidak terlalu mengambil risiko. Objektif kami adalah untuk menduduki tempat pertama, tetapi menduduki tempat kedua dalam kumpulan sukar ini adalah satu kejayaan.”

“Adalah perkara biasa bahawa pemain kecewa. Kami mempunyai lima peluang untuk menjaringkan gol – lima!”

“Kami akan menjadi agak bodoh untuk melepaskan gol pada minit ke-85. Apabila pemain kecewa, menjadi tugas saya untuk menguruskan pengambilan risiko ini, ketegangan ini.”

Mauricio Pochettino sebelum ini menyatakan Mbappe memang seorang pemain yang suka campur tangan dalam isu taktikal. Namun pengurus itu menyatakan ianya dilakukan dengan cara baik. Misalnya dia akan masuk ke pejabat dan memberitahu taktikal apa yang dia cadangkan.

Malangnya beberapa bulan kemudian Mbappe dikatakan tak gembira dengan pendekatan Pochettino dan telah mengkritiknya kepada pihak atasan sambil meminta kelab membawa masuk Zidane sebagai pengurus.

Mbappe ada kuasa untuk campur tangan dalam isu taktikal dan jurulatih seperti yang ada dalam kontraknya. Mungkin musim ini dia lebih tenang kerana kontraknya berada pada tahun akhir dan dia masih tak menyambung untuk lanjutan setahun khas.

Hasil daripada PSG yang menduduki tempat kedua, mereka boleh digandingkan dengan pasukan seperti Barcelona, ​​​​Manchester City, Arsenal dan Real Madrid dalam pusingan 16 terakhir.