Kylian Mbappe dilaporkan masih tidak mahu berpindah ke mana mana kelab pada masa ini.
Pemain antarabangsa Perancis itu telah menarik minat Al Hilal yang menawarkan €300 juta kepada PSG untuk membelinya.
PSG sudah menerima tawaran tersebut dan setuju dengannya. Namun tiada komunikasi lagi di antara kelab dan pemain.
Dengan sebelum ini Nasser Al Khelaifi bengang kerana Mbappe terus membisu dan tidak menghubunginya berkaitan soal masa depannya.
Mbappe diberikan satu lagi tarikh akhir sehingga 31 Julai ini untuk melanjutkan kontrak atau dia harus menerima keputusan kelab untuk menjualnya.
BREAKING: PSG have accepted Al Hilal's £259m offer for Kylian Mbappe 🇸🇦✅ pic.twitter.com/i78jAwS1QP
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 24, 2023
Mbappe boleh menerima bonus kesetiaan €40 juta jika dia terus kekal di kelab itu pada 1 Ogos 2023.
Mbappe sudah menyatakan sebelum ini dia mahu kekal di PSG sehingga kontraknya berakhir.
Perkara itu membuatkan PSG tidak menerimanya. Mereka tidak mahu Mbappe pergi secara percuma begitu sahaja.
Mbappe tidak mahu bermain di Arab Saudi. Dan dia sedia untuk duduk di bangku simpanan sepanjang musim hadapan seperti diarahkan oleh Nasser Al Khelaifi.
🚨 Kylian Mbappé will NOT join Al-Hilal. He would rather spend all of next season on the bench than play in Saudi Arabia.
(Source: @relevo) pic.twitter.com/SWQyeDSww4
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 24, 2023
Al Khelaifi sebelum ini mengarahkan Luis Enrique untuk tidak menurunkan Mbappe langsung musim akan datang ini.
Dan pemain itu digugurkan daripada senarai pemain yang menyertai jelajah Asia di Jepun.
Dia hanya akan dikembalikan ke dalam pasukan jika dia menandatangani kontrak lanjutan sekurang kurangnya setahun lanjutan yang optional pada kontraknya.
PSG mengesyaki Mbappe sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrid untuk pergi ke kelab itu secara percuma.
Mbappe sebelum ini hampir menyertai Real Madrid, namun membuat u turn dan kekal di PSG atas alasan dia mahu membantu kelab dan bandar itu menjadi juara eropah.
Namun Mbappe semakin kecewa dengan situasi di PSG yang menurutnya tidak membantu kariernya dengan lebih efisien.
Walaupun Florentino Perez sebelum ini pernah bengang dengan Mbappe dengan menuduh pemain itu mempergunakan Real Madrid untuk mendapatkan gaji lebih besar di PSG, namun Perez dilaporkan sudah menerima permohonan maaf dari Mbappe.
Ianya membuatkan Perez yakin bahawa Mbappe akan tetap ke Real Madrid selepas ini. Perez malah mengarahkan scouting Real Madrid agar terus memantau perkembangan Mbappe.