Miguel Delaney melaporkan bahawa rundingan antara Kylian Mbappe dan Real Madrid masih tergantung.
Pemain itu masih tidak berpuas hati dengan struktur gaji yang ditawarkan oleh Real Madrid kepadanya.
Sejak beberapa tahun ini Real Madrid sudah mengamalkan corak perbelanjaan lebih berhemah. Walaupun mereka sebenarnya masih mewah, tetapi untuk kelab seperti Madrid, mereka bukan lagi kelab yang sewenang wenang memberikan gaji terlalu tinggi seperti dulu.
Mbappe sebelum ini dilaporkan telah ditawarkan bonus tandatangan €80 juta yang merupakan angka yang Mbappe terpaksa lepaskan di PSG jika dia memutuskan pergi secara percuma akhir musim ini.
Mbappe sebenarnya berhak menerima bonus kesetiaan di PSG jika beliau kekal musim ini di kelab itu. Namun Nasser Al Khelaifi berunding semula dengan Mbappe dan menamatkan konflik antara mereka.
Mbappe sudah setuju tidak akan menuntut bonus itu dari PSG jika dia pergi secara percuma akhir musim ini.
Ketika ini Mbappe memiliki gaji yang sangat tinggi di PSG. Ia memerlukan Madrid menambah lebih banyak dalam tawaran mereka.
Mbappe still hasn’t agreed pay with Real Madrid, and their last offer considered low
His circle have explored Liverpool and Arsenal but neither want to break wage structurehttps://t.co/xeMfRgupzl
— Miguel Delaney (@MiguelDelaney) February 5, 2024
Mbappe dilaporkan £1 juta seminggu di PSG atau sekitar £888 ribu seminggu.
Jadi pemain itu sudah memberitahu ejennya bahawa dia kini mempertimbangkan tawaran daripada kelab EPL.
Dua kelab yang dikaitkan dengan Mbappe sebelum ini iaitu Liverpool dan Arsenal. Liverpool kerana Mbappe pernah menyatakan hasrat ibunya mahu dia bermain untuk kelab yang disokong ibunya itu.
Jadi, berdasrkan situasi di Liverpool, yang akan kehilangan Jurgen Klopp akhir musim ini, Arsenal cuba mengambil kesempatan di atas kegagalan rundingan Mbappe di Madrid.
Metro UK pula melaporkan, Mikel Arteta percaya jika kelab itu mampu memberikannya Kylian Mbappe, maka pemain itu akan menjadi pelengkap kepada puzzle pasukannya.
Arteta masih berpegang pada projek pasukannya. Malah tidak mahu melepaskan mana mana pemain mudanya pada Januari lalu walaupun ada banyak tawaran untuk mereka.
Namun satu perkara yang membuatkan Arsenal begelut untuk meyakinkan Mbappe adalah tawaran gaji. Arsenal perlu memecahkan struktur gaji mereka untuk Mbappe.
Dengan penerima gaji tertinggi di Arsenal ketika ini ialah Kai Havertz dengan £330 ribu seminggu.
Kylian Mbappe to come and finish off Mikel Arteta's project… 😭🙏 pic.twitter.com/eqWuRpz7xv
— AFTV (@AFTVMedia) February 6, 2024
Arsenal antara kelab yang cuba memancing Mbappe pada 2016. Namun malangnya pemain itu ketika itu tidak berminat menyertai Arsenal kerana tidak yakin dengan projek di kelab itu.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Gilles Grimandi yang merupakan bekas pemantau bakat Arsenal. Dia menyatakan bahawa kegagalan meyakinkan Mbappe datang ke Arsenal adalah penyesalan terbesar dalam kariernya bersama Arsenal selama 15 tahun.
Arsenal kini bukan Arsenal yang kedekut. Mereka baru sahaja menyelesaikan perpindahan bernilai £105 juta untuk mendapatkan Rice musim ini.
Jadi, Arsenal tidak ada masalah untuk membayar angka bonus yang tinggi kepada Mbappe. Cuma dari segi gaji sahaja mungkin akan menjadi isu. Walaupun sebenarnya Mikel Arteta sudah membuat pembersihan dari struktur gaji dalam beberapa musim ini termasuk mengeluarkan Mesut Ozil dan Aubameyang.
Walaupun rundingan Mbappe dengan Real Madrid masih tergantung, namun Real Madrid masih benar benar berminat untuk mendapatkan Mbappe dan mereka dijangka akan mengemukakan tawaran baharu kepada pemain itu.
Selain itu Mbappe juga ada pilihan untuk kekal sahaja di PSG. Dan terus menikmati gaji luar biasanya di sana.