Dengan kesetiaannya kepada kontrak wajib 2 tahun di PSG telah membolehkan Kylian Mbappe menerima habuan €60 juta.
Memang sukar mencari pemain setia pada era moden, sebab itulah PSG memasukkan klausa tersebut.
Dan sepekara yang lebih menarik, selepas 1 Ogos, Mbappe tidak boleh lagi mengaktifkan klausa lanjutan khas setahun pada kontraknya.
Bermakna pemain itu akan pergi sebagai ejen bebas pada akhir musim ini.
Sebelum ini PSG mendesak Mbappe melanjutkan kontrak menjelang 15 Julai. Namun pemain itu buat tak tau je, siap bercuti di Cameroon untuk healing sampai pagi tabalek balek.
Kemudian PSG memberikan tempoh sehingga 31 Julai pula.
Kerana kelab itu tahu mereka akan terkena dengan klausa yang mereka sendiri letakkan pada kontrak Mbappe.
Pertamanya, kelab akan terpaksa membayar klausa bonus kesetiaan.
Dan kedua, tempoh untuk mengaktifkan klausa lanjutan kontrak setahun juga terbatal.
No late twists in Kylian Mbappé saga — deadline of July 31 is over and Mbappé can’t activate the option to extend his PSG contract until June 2025. ⚠️
The contract officially expires in June 2024 now.
PSG keep thinking he agreed with Real Madrid — but Kylian remains for sale. pic.twitter.com/5KjaNhhX6C
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 31, 2023
Jika PSG dan Mbappe mahu terus kekal bersama, mereka harus membuka rundingan untuk kontrak baharu. Dan ia nampak sukar. PSG sendiri mengesyaki Mbappe sudah mengadakan kesepakatan dengan Real Madrid.
Sebelum ini PSG yakin Mbappe akan tertarik untuk melanjutkan semusim lagi. Yang membolehkan pemain itu menerima kenaikan gaji daripada yang sedia ada. Di mana kini dia menerima £650 ribu seminggu atau €755 ribu seminggu di PSG.
Mbappe sudah memutuskan untuk tidak mahu melanjutkan kontrak dengan PSG. Dia ternyata tidak berminat untuk menekan ‘butang’ untuk pengaktifan kontrak setahun lagi.
PSG sebenarnya sudah menjadi lubuk duit untuk Mbappe. Ketika dia menandatangani kontrak baharu untuk menolak tawaran Real Madrid sebelum ini, PSG dilaporkan menawarkan bonus tandatangan kontrak baharu sebanyak €300 juta yang terus masuk ke poket Mbappe.
Presiden Perancis sendiri campur tangan ketika itu untuk memujuk Mbappe dan menjadi orang tengah antara PSG dan pemain itu. Akhirnya Mbappe pun kekal dan berkata dia mahu membantu PSG menjadi juara eropah.
Bukan itu sahaja, Mbappe menjadi satu satunya pemain yang berkuasa ke atas lanjutan kontraknya sendiri.
Jika di kelab laut, klausa lanjutan khas, yang biasa digunakan di United atau Barcelona, pemain dan kelab perlu mencapai kesepakatan dua pihak.
Namun di PSG, Mbappe boleh mengaktifkan sendiri klausa itu atas satu pihak sahaja – yang jelas kini dia tak berminat.
Menurut laporan TalkSports, PSG melabur €640 juta untuk kontrak Mbappe sahaja. Yang dipercayai menelan lebih suku daripada perbelanjaan kelab secara keseluruhan.