Mbappe Teruja Sertai Kelab Impiannya, Sampai ‘Jem’ Laman Rasmi Real Madrid

Kylian Mbappe gembira kerana akhirnya impiannya dari kecil berjaya menjadi kenyataan.

Hari ini Real Madrid rasminya mengumumkan Kylian Mbappe sebagai pemain baharu mereka dengan perpindahan secara percuma.

Keterujaan peminat membuatkan sistem web rasmi Real Madrid jadi ralat kerana terlalu ramai yang akses.

Mbappe dianggap penandatanganan percuma antara yang terbaik dalam sejarah, atau mungkin yang terbaik.

Ini selepas kontrak Mbappe bersama PSG berakhir secara rasminya. Walaupun sebelum ini Mbappe diumumkan PSG dengan jersi 2025 – simbolik kepada kontrak sehingga 2025, namun yang wajib sebenarnya hanya sampai 2024.

Mbappe tidak mahu kekal setahun lagi di PSG yang merupakan klausa pilihan.

Real Madrid sudah lama dilaporkan akan menjadi destinasi baharu Mbappe. Juara Eropah 15 kali itu akhirnya berjaya mendapatkan Mbappe walaupun sebelum ini pernah hampa kerana Mbappe u turn ke PSG.

Mbappe akan menjadi penyerang penting Real Madrid. Dengan dia akan bergandingan dengan Vinicius Jr serta Rodrygo di barisan serangan.

Dalam kenyataan peribadinya, Mbappe menunjukkan gambar dia dengan baju Real Madrid ketika masih kecil. Dia menulis: “Mimpi menjadi kenyataan. Sangat gembira dan berbangga untuk menyertai kelab impian saya, Real Madrid.

“Tak ada orang akan faham betapa terujuanya saya sekarang ini. Tidak sabar nak bertemu dengan kamu semua, Madridistas, dan terima kasih di atas sokongan luar biasa daripada kamu. Hala Madrid!”